Siap bertudung! Lelaki kantoi ‘skodeng’ & rakam wanita dalam tandas, ini petanda penyakit ‘voyeurisme’

SEMALAM tular rakaman video menunjukkan seorang lelaki dicekup selepas disyaki melakukan perbuatan yang tidak senonoh di dalam tandas perempuan di sebuah pusat membeli belah di Masai, Johor.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X, dapat dilihat suspek dipegang beberapa orang lelaki sambil kedengaran suara seorang wanita yang meminta ‘password’ daripada suspek untuk membuka telefon bimbitnya.

Difahamkan, wanita itu mahu memeriksa telefon bimbit lelaki berkenaan yang dipercayai merakam video mangsa ketika menggunakan tandas di pusat membeli belah tersebut.

“Sebut password kau sekarang! Kau jangan tipu aku, aku rembat kau nanti.

“Oh tahu kau malu tapi masa kau masuk tandas perempuan kau tak malu?” ujarnya.

Sementara itu, hasil pemeriksaan yang dibuat seorang lelaki terhadap suspek mendapati lelaki berkenaan mengenakan inai di jari kakinya.

Baca juga Kantoi potong rantai leher kanak-kanak, wanita ada 6 rekod jenayah lampau, berikut kronologinya

“Kaki berinai, mana tudung kau, pakai, siap bertudung berjanggut masuk tandas perempuan rakam gambar, kau nak jadi apa, kau dah kahwin ke belum?”

Dalam perkembangan terbaru, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi semalam, sebelum lelaki berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis.

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata permohonan reman atas suspek juga akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini, untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, menurut portal myhealth, individu yang melakukan perkara itu mempunyai penyakit voyeurisme.

Baca juga Ketumbit bukan sebab skodeng, kencing lipas. Ini punca sebenar

Gambar hiasan Internet.

INFO

Iklan

Apakah maksud “Voyeurisme”?

Ini adalah salah satu contoh kelakuan seks di luar tabii’ atau parafilia
Istilah lain yang sering digunakan ialah skodeng atau “Peeping Tom”.

Seseorang yang mempunyai masalah ini mendapat kepuasan seksual dengan mengintai orang lain melakukan seks, menanggalkan pakaian, mandi mahupun duduk dalam tandas.

Contohnya :

Anda mungkin pernah terdengar atau terjumpa orang yang menyorok dan mengintai pasangan lain ketika sedang berdua–duaan

Iklan

Orang yang mengintai ini akan mendapat kepuasan seks tetapi mangsanya akan merasa marah, malu dan pelbagai perasaan negatif yang lain

Bilakah saya perlu dapatkan bantuan?

  • Jika anda pernah terlibat dalam tabiat voyeurisme.
  • Jika anda bimbang anda cenderung kepada tabiat voyeurisme.
  • Jika anda pernah menjadi mangsa tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainyaSiapakah yang dapat membantu?
  • Keluarga
  • Kawan-kawan
  • Guru/ Kaunselor
  • Pembimbing Rakan Sebaya/Pembimbing Rakan Sekerja
  • Doktor
  • Beberapa organisasi yang dapat membantu

Sumber: Aplikasi X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!