BIARPUN sudah empat tahun ‘hidup’ bersama, nampaknya koronavirus tidak berhenti menjangkiti. Sana-sini ada sahaja kes baharu Covid-19 yang menular. Bagi meningkatkan perlindungan golongan berkenaan ke tahap optimum, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan mengeluarkan arahan baharu berkenaan pengambilan suntikan dos penggalak ketiga dalam masa terdekat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata suntikan berkenaan  akan ditumpukan kepada kumpulan rentan yang mempunyai komorbiditi, berusia (warga emas) kerana mereka terdedah kepada risiko untuk kemudaratan yang lebih daripada (individu) lain.

Semakin membimbangkan, berikut 10 info perkembangan berkaitan:

1-Dzulkefly menjelaskan sekiranya arahan itu berkuat kuasa kelak, bekalan vaksin sedia ada masih mencukupi dan belum tamat tarikh luput yang berupaya melindungi penerima daripada strain varian termasuk varian baharu.

2-Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) bagi tempoh 3 hingga 9 Disember lalu.

3-Jumlah itu meningkat hampir sekali ganda berbanding 6,796 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

4-Muhammad berkata, secara keseluruhan keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada dengan majoriti kes jangkitan hanya mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

5-Jelas Dzulkefly, Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai situasi terkini Covid-19 dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Baca juga: Jangan keliru lagi, ada beza di antara dos ketiga dan dos penggalak. Ini fakta tepat yang dikongsikan KKM

Baca juga: Berita baik! Vaksin pneumokokal percuma untuk kanak-kanak 4 & 5 tahun, 5 info ibu bapa perlu tahu

Baca juga: Elak aktiviti fizikal berat selepas dapat suntikan vaksin, elak insiden tak diingini. Ini penjelasan doktor

6-Tambahnya, pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan antaranya cuaca, tidak memakai pelitup muka dan pergerakan lebih-lebih lagi menjelang musim cuti sekolah.

7- Dzulkefly menjelaskan pihaknya akan mempertimbang semua aspek meliputi pelan tindakan sedia ada berkaitan gejala Covid-19 susulan peningkatan kes di negara jiran.

8-Katanya andai timbul keperluan, langkah pencegahan dan mitigasi yang lebih sesuai akan segera melaksanakan.

9-Sebelum ini, media melaporkan, Singapura mencatatkan peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital akibat Covid-19 sekali gus memberi tekanan kepada kemudahan kesihatan di republik itu.

10-DALAM TEMPOH 26 November hingga 2 Disember lalu, seramai 32,035 individu didiagnosis dengan Covid-19 iaitu jumlah jangkitan tertinggi yang dicatatkan tahun ini. Ia meningkat hampir 10,000 kes berbanding 22,094 kes yang didiagnosis minggu sebelumnya.

5 INFO DOS PENGGALAK KETIGA

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

a)Sebelum ini, dos penggalak diberikan kepada orang dewasa 18 tahun dan ke atas sekurang-kurangnya enam bulan selepas suntikan dos kedua.

b)Vaksin keluaran Pfizer ialah vaksin Covid-19 pertama diluluskan untuk kegunaan dos penggalak di negara ini.

c) Pemberian dos penggalak menggunakan kaedah campuran vaksin berbeza (heterologi) iaitu bukan vaksin yang sama seperti dos pertama dan kedua. Sebagai contoh, jika dos pertama dan kedua Sinovac atau AstraZeneca, dos penggalak ialah Pfizer.

d)Dos ketiga dan dos penggalak adalah berbeza. Dos ketiga akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi yang mana dos kedua didapati tidak cukup untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan Covid-19.

e)Dos penggalak pula boleh diambil semua orang untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

Iklan

Kredit foto utama: Pexels

Sumber: Buletin TV3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!