Berita baik! Vaksin pneumokokal percuma untuk kanak-kanak 4 & 5 tahun, 5 info ibu bapa perlu tahu

BERITA baik kepada ibu bapa dan penjaga, suntikan vaksin pneumokokal di semua fasiliti kesihtaan primer Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diberikan secara percuma kepada kanak-kanak berusia empat dan lima tahun.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Putrajaya.

Umum mengetahui penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil streptococcus pneumoniae.

Ia menjangkiti individu semua peringkat usia namun lebih kerap menyerang kanak-kanak dan warga emas.

Baca juga: Suntikan vaksin Pneumokokal percuma bayi kelahiran 2020 bermula hari ini

Vaksin pneumokokal mencegah mencegah jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae. (Kredit foto: Freepik)

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan atau radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa maut , justeru itu, langkah-langkah pencegahan seperti pelalian adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokal.

Justeru penting bagi anda memberikan si kecil suntikan pneumokokal untuk mencegah jangkitan-jangkitan di atas.

Baca juga: Jangan gali dasar tasik, sungai, Naegleria Fowleri, ameba pemakan otak masuk melalui hidung, 20 info KKM perlu tahu

Tidak terhad kepada bayi baru lahir, kini suntikan pelalian pneumokokal diperluas kepada kanak-kanak berumur empat.

Berikut lima info berkaitan ibu bapa perlu tahu:

1-Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak berusia empat dan lima tahun bermula esok (1 Jun 2023) hingga 31 Mei 2024.

2-Pemberian vaksin menerusi inisiatif imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP) bagi mengoptimumkan perlindungan terhadap penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019.

3-Bagi pemberian vaksin itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke mana-mana fasiliti kita secara ‘walk in’.

4-Selain itu, ada juga janji temu melalui MySejahtera. Jadi mereka (ibu bapa) boleh ke aplikasi MySejahtera untuk membuat tempahan bagi mendapatkan vaskin di mana-mana fasiliti kesihatan.

5-KKM menyasarkan seramai 700,000 daripada sejuta kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk menerima suntikan vaksin pneumokokal menerusi inisiatif itu

Sejak tahun 2020, pemberian suntikan vaksin pneumokokal percuma hanya diberikan kepada bayi baru lahir iaitu sebanyak tiga dos iaitu dua dos primer pada umur empat bulan dan enam bulan; diikuti satu dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Iklan

Baca juga: Tibi punca utama pendarahan paru-paru dalam kalangan pesakit di Malaysia. Ada faktor lain yang perlu diwaspadai

Info penyakit pneumokokal

i-Lazimnya jangkitan pneumokokal paling biasa berlaku dalam kalangan yang muda, orang tua (terutama mereka yang melebihi 65 tahun), penghidap penyakit kronik.

ii-Kebanyakan jangkitannya adalah serius dan boleh menyebabkan kemasukan ke hospital, hilang upaya secara kekal seperti pekak, kerosakan otak, kehilangan tangan atau kaki dan kematian.

iii-Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan daripada 8.8 juta kematian di seluruh dunia akibat penyakit itu.

Iklan

iv-Streptococcus pneumoniae mudah merebak melalui permukaan yang tercemar, hubungan antara indovidu secara langsung, melalui titisan bersin atau batuk orang dijangkiti.

v-Bukan semua individu yang terdedah kepada bakteria tersebut akan dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya di dalam hidung dan tekak) tanpa mengalami simptom tetapi boleh menyebarkannya kepada individu lain. Kanak-kanak paling mudah terdedah kepada jangkitan ini.

Kredit foto utama: Freepik

Sumber: MyHealth KKM, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.