“SETIAP rakyat di negara ini yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dibenarkan rentas negeri dan daerah selepas diberi sijil pengesahan khas.”

Itu antara petikan yang dibaca oleh penyampai berita arus perdana daripada sebuah stesen televisyen.

Sedutan video pendek itu kemudiannya tular menerusi laman sosial dan aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan kekeliruan dan ‘keterujaan’ dalam kalangan masyarakat.

Masakan tidak, klip video berdurasi selama 20 saat tersebut seolah-olah memberi pengesahan bahawa individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan merentas negeri dan daerah.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan petikan video terbabit.

“Petikan video tular dimaksudkan itu adalah siaran berita arus perdana bertarikh pada 1 April 2021 yang berdurasi selama seminit.

“Ia telah disunting dan disebarkan menerusi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, KKM menyarankan masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasmi KKM bagi mendapatkan maklumat terkini yang sahih.

Iklan

Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan dua dos suntikan vaksin Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan sedang memperhalusi cadangan bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula.

Iklan

“Melihat komen-komen netizen di media sosial, saya dapati banyak keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa terpisah daripada anak-anak kerana larangan merentas negeri.

“Sebagai seorang bapa saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan. Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh terlalu lama.

Suami isteri bermanja-manja

Baca juga Covid-19: Pendaftaran vaksin untuk kanak-kanak, remaja kini dibuka. Ini cara mudah untuk menempah janji temu buat mereka

“Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah menerima dua dos vaksin.

“Oleh sebab itu, saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin,” tulis beliau menerusi Facebooknya hari ini.