KEMALANGAN yang meragut lima nyawa mahasiswa di Kilometer 246 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora menyayat hati.

Lebih memilukan, penentuan identiti tiga daripada lima penuntut berkenaan mengalami kesukaran sehingga perlu dikenalpasti menggunakan rekod pergigian.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Sungguh memilukan, ini keadaan kereta yang dinaiki lima mangsa.

Bibir Merah tertanya-tanya apakah sebenarnya prosedur proses penyelenggaraan lebuh raya hingga mengabaikan keselamatan penggunanya?

Adakah semua pihak mematuhi had laju yang ditetapkan? Kenapa tidak ada lampu jalan di sekitar lokasi lebuh raya diselenggara dan ‘hot spot’ kemalangan maut?

Warga maya di sosial laman sosial Twitter menggesa keluarga mangsa mengambil tindakan ke pihak terbabit.

Salah satu ciapan yang tular dari pengguna Twitter @the_REAL_deal88 yang menggesa keluarga terbabit menyaman lima pihak berikut iaitu;

1-Syarikat treler (untuk kesalahan had laju)

2-PLUS (untuk kerja membaik pulih jalan raya pada waktu malam tanpa sebarang lampu dan papan tanda yang sesuai)

3-Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya (untuk pengabaian pentadbiran dan operasi)

Kebanyakan warga maya di laman sosial berkenaan menyarankan keluarga mangsa untuk segera bertindak dengan melakukan laporan dan saman secepat mungkin agar tragedi tragis itu tidak berulang pemandu kereta yang lain.

“Saya lalu di tempat kejadian. Memang tak relevan buat kerja construction masa tu. Saya pon nyaris dihimpit lori apabila dua lorong bertukar jadi satu ketika turun bukit. Nasib sempat elak..lori memang banyak time tu.”

“Sepanjang highway dari Utara ke Selatan, Terowong Menora ni paling scary. Bila PLUS nak pasang lampu?Sudah berapa banyak nyawa hilang?”

Iklan

-“Solar lights are an alternative dan cheaper solution to this. We get hot sun all year long.”

-“Ini melampaui tragis dan kecuaian banyak pihak! Kerja-kerja jalan di sini jarang sekali menggunakan langkah keselamatan yang betul, terutamanya lampu dan papan tanda. Pihak lebih raya harus bertanggungjawab. Kementerian dan pihak berkuasa tempatan juga tidak menjalankan pengawasan yang sewajarnya!”

-“Tiada penguatkuasaan kawalan kelajuan kenderaan berat di Malaysia. Lori, bas, semuanya bergerak sepantas yang mereka suka ke mana sahaja mereka mahu. Semua syarikat bas dan trak besar semuanya dimiliki oleh sesiapa sahaja. Akhirnya orang ramai yang menjadi mangsa.”

-“Dari Selangor tapi saya tidak pasti di mana hingga ke Perlis highway tiada lampu jalan, dari exit Senawang sampai ke Johor tiada lampu jalan di lebuh raya. Itu lebuh raya, belum lagi jalan di pekan-pekan atau di kampung-kampung. Lampu jalan perlu di pasang. Di mana ada jalan di situ perlu ada lampu.”

Iklan

Pun begitu, Bibir Merah berasa lega apabila pemandu treler berusia 28 tahun itu direman dan disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Setakat ini, pemandu treler yang membawa muatan besi telah ditahan dan dijangka didakwa di mahkamah.

Harapnya bukan pemandu lori sahaja yang diambil tindakan dan jangan ada pihak lain lepas tangan!