Simbol love, be safe, tanda penghargaan

Simbol love, be safe, tanda penghargaan
Simbol love, be safe, tanda penghargaan
A
A
A

DUNIA kini sedang berdepan dengan penularan wabak dipanggil Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa. Pastinya ketika ini kita amat berharap dan terhutang budi kepada petugas barisan hadapan dalam misi menyelamat serta merawat pesakit-pesakit yang terkesan akibat virus tersebut.

Namun demikian, orang ramai tidak sepatutnya panik malahan masing-masing harus memainkan peranan dan sentiasa mewujudkan suasana positif agar wabak berjangkit ini segera dapat dihapuskan.

Lampu berbentuk hati kongsi mesej dan suasana positif

Suasana positif boleh diwujudkan dengan pelbagai cara dan salah satu daripadanya adalah seperti yang berlaku di Kuching, Sarawak yang mana beberapa hotel dan bangunan telah menyalakan lampu berbentuk hati.

Tindakan itu sebagai lambang untuk berkongsi mesej cinta untuk semua saat dunia terpaksa menghadapi detik mencabar ini selain daripada mengikut garis panduan yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Sementara itu, Riverside Majestic Astana Wing dengan kerjasama Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak menyediakan lebih 50 bilik istirehat bagi mereka yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Lampu berbentuk hati kongsi mesej dan suasana positif

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Datu Haji Salleh Askor berkata, inisiatif itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel itu dengan pihak kementerian.

“Mereka adalah wira negara kita kini yang sedang berjuang habis-habiskan umpama di medan pertempuran dan usaha kecil kami ini hanya mampu memberikan sedikit keselesaan buat mereka yang telah berbakti kepada masyarakat.

Lampu berbentuk hati kongsi mesej dan suasana positif

“Ditambah dengan visual lampu hati kami ini lambang kasih sayang dan diiringi doa, kami harap semua pihak dapat meningkatkan semangat untuk teruskan perjuangan masing-masing untuk melawan wabak ini,” katannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca