SINARPLUS percaya dalam kalangan kita pasti tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya bila agaknya kerajaan mula membuka pintu sempadan untuk kita ke luar negara.

Seperti di Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia.

Sebagai salah satu bandar yang terbesar di Thailand, tidak hairanlah betapa banyaknya tarikan yang terdapat di sana terutamanya gerai makan, pusat urutan badan dan tempat-tempat membeli-belah, mana tak seronok pelancong yang datang.

Namun begitu, rentetan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, negara Thailand nampaknya tidak akan membuka pintu sempadan bagi pelancong antarabangsa sehinga tahun 2021.

Menurut Timbalan Gabenor bagi Perbadanan Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya, masih belum ada perbincangan bila sempadan negara Thailand akan dibuka bagi tujuan pelancongan ketika membincangkan dalam mesyuarat mingguan nasional Covid-19.

Simpan harapan nak melancong, Thailand tidak akan buka pintu sempadan sehingga 2021

Tambahnya lagi, kerajaan Thailand sangat berhati-hati untuk membuka semula sempadan negara dan mensasarkan Thailand tidak akan menerima kedatangan pelancong sekurang-kurangnya sehingga tahun 2021.

Hal ini memberi tekanan hebat kepada industri pelancongan Thailand dan menjelang sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina nanti juga mungkin akan terjejas kerana tiada kemasukan daripada pelancong luar.

Iklan

Khabarnya, buat masa sekarang kerajaan Thailand hanya membenarkan individu seperti diplomat, pegawai Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli perniagaan, pelabur, kru filem, filem asing, petugas pameran dan pemegang visa Thailand Elite.

Walau bagaimanapun, setiap individu dari luar negara yang memasuki Thailand perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.

Bagi mereka ada yang dah mula memasang angan-angan nak ke Thailand tu, simpan dulu harapan korang tu ya. Belum boleh lagi la nampak gayanya kita ke sana guys. No more Phuket, no more Hat Yai!

Iklan

Namun begitu, SinarPlus beranggapan ini adalah satu tindakan yang bijak. Biarpun ia memberi kesan kepada industri pelancongan, tetapi setidak-tidaknya ini sebagai salah satu cara untuk mencegah wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Sumber: thethaiger.com