Solat dalam keadaan mengantuk, kena tidur dulu atau teruskan? Wanita wajib hadam ini

A
A
A

Solat dalam keadaan mengantuk, kena tidur dulu atau teruskan? Wanita wajib hadam ini

PASTI sesiapa sahaja pernah menunaikan solat dalam keadaan mengantuk kan? Biasanya waktu Subuhlah.

Namun pernah tak anda terfikir mengenai hukumnya?

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW pernah bersabda jika seseorang itu mengantuk, maka hendaklah dia tidur sehingga dia mengetahui apa yang dibaca.

PENJELASAN MENGENAI HUKUM SOLAT DALAM KEADAAN MENGANTUK

Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Muhallab menegaskan seseorang itu dibolehkan untuk tidur sebentar bagi menghilangkan rasa mengantuk sebelum meneruskan solat fardu, dengan syarat sempat solat sebelum tamatnya waktu solat tersebut.

Hal ini kerana untuk mengalakan agar menunaikan solat dalam keadaan khusyuk, hati lapang dan bersemangat.

Baca juga Batal solat sujud atas telekung sendiri, wanita wajib tahu kena ulang sembahyang

Kredit foto: Generate by Midjourney

 

Hadis tersebut bukan sahaja untuk solat fardu tetapi solat sunat sama ada malam atau siang juga. Disyaratkan agar tidak terlepas waktu solat.

Daripada Aisyah R Anha, Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila salah seorang dari kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga hilang rasa mengantuk, kerana ketika salah seorang dari kalian solat dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu samada dia sedang meminta ampun daripada Allah SWT atau sedang mencela dirinya sendiri.”

Dapat difahamkan melalui hadis tersebut jika seseorang itu mengantuk hingga tidak sedar apa yang dibaca dan dituturkan ketika solat, maka hendaklah dia tidur sebentar atau melakukan perkara yang dapat menghilangkan rasa mengantuk seperti minum air dan berjalan.

Baca juga Solat laju, tamakninah ‘ke laut’ seolah mencuri, Ustazah Asma’ Harun senaraikan 6 rahsia sembahyang khusyuk

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Imam al-Baji pula mensyarahkan hadis ini bahawa jika mengantuk sewaktu solat fardu dan masih banyak waktu berbaki sebelum habisnya waktu solat tersebut atau ada orang yang boleh mengejutkannya untuk solat, maka hendaklah dia tidur sebentar.

Jika waktu solat sudah hampir habis dan akan menyebabkan anda terlajak waktu, maka hendaklah seseorang itu meneruskan solat dan melawan rasa mengantuk.

Kesimpulannya, sekiranya anda menunaikan solat dalam keadaan mengantuk ia boleh menyebabkan bacaan salah.

Jadi, ada baiknya untuk tidur terlebih dahulu sebelum solat.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca