AWAL Mac lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menarik balik sekatan Covid-19 di negara itu dengan mengumumkan jemaah umrah dibenarkan menunaikan solat rapat saf di Masjidil Haram.

Lapor Arab News, Pentadbiran Am Urusan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula pelan operasi bagi membolehkan solat berjemaah dengan kapasiti penuh dilaksanakan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Para jemaah dilihat kembali merapatkan saf selepas peraturan penjarakan sosial ditamatkan untuk solat dan tawaf.

Bagaimanapun, kini satu lagi kelonggaran diberikan iaitu para jemaah yang melakukan ibadah tawaf umrah di Masjidil Haram boleh berada lebih dekat dengan Kaabah.

Itu merupakan satu perubahan besar pada langkah-langkah pengurusan selamat di Arab Saudi.

Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Ia sejajar dengan pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, untuk menarik balik hampir kesemua sekatan-sekatan Covid-19, mulai awal bulan ini.

Namun mereka yang berkerusi roda kini perlu bertawaf di tingkat satu.

Selain tiada lagi penjarakan sosial ketika bersolat, keperluan permit untuk solat ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, juga dimansuhkan.

Iklan

Bagaimanapun tiada perubahan kepada permit umrah dan ziarah Raudhah.

Pun begitu, para jemaah masih perlu memakai pelitup semasa berada di dalam bangunan.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Iklan

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: Mediacorp