Status ‘tiada rekod’ Bantuan Prihatin Nasional (BPN), apa perlu dibuat?

Status ‘tiada rekod’ Bantuan Prihatin Nasional (BPN), apa perlu dibuat?
Status ‘tiada rekod’ Bantuan Prihatin Nasional (BPN), apa perlu dibuat?
A
A
A

BANTUAN Prihatin Nasional (BPN) merupakan sebahagian inisiaitif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Apa yang perlu orang ramai lakukan adalah dengan menyemak dan mengemaskini permohonan masing-masing secara atas talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Namun, bagi individu yang memperoleh keputusan ‘tiada rekod’ ketika membuat semakan BPN di portal rasmi LHDN boleh membuat permohonan baharu secara dalam talian sehingga 30 April ini.

Caranya mudah sahaja!

Anda hanya perlu klik di ikon ‘permohonan baharu’ dan mengikut langkah seterusnya semasa membuat permohonan itu.

Menurut kenyataan LHDN, permohonan secara manual dengan menggunakan borang tidak dapat dilakukan pada masa ini berikutan semua premis agensi percukaian itu ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Kerajaan menguatkuasakan PKP mulai 18 Mac hingga 14 April ini.

Menurut LHDN, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi agensi itu https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov my bermula 3 April ini.

Sementara itu, golongan yang tidak perlu untuk membuat pendaftaran yang mana sistem akan kemaskini secara automatik adalah seperti berikut :

1. Golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

2. Golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM

Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang ditetapkan kerajaan.

Menurut LHDN, memandangkan trafik capaian ke portal rasmi adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin berdepan kesukaran membuat semakan dan dinasihat berbuat demikian di luar waktu puncak.

Keadaan itu berlaku susulan semakan dan permohonan untuk mendapatkan BPN bagi golongan B40 dan M40 dibuka semalam.

Jadi, jika perlu kemaskini segera dan semak permohonan anda supaya nama tidak tercicir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca