ISU tangkap khalwat dua pelakon popular, Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi perhatian ramai.

Justeru, sebagai isteri, Bella Astillah menjadi mangsa dalam hal ini kerana terpaksa menghadapi kecurangan demi kecurangan si suami sepanjang lapan tahun berumah tangga. Malah mereka pernah bercerai pada Mei 2019 namun kembali rujuk dalam iddah.

Namun, disebabkan insiden penangkapan khalwat, selebriti itu sekali lagi telah memfailkan penceraian dan mengatakan ia adalah keputusan terbaik buat masa ini.

Baca juga: Aliff Aziz buka mulut, kongsi cerita sebenar khalwat dengan Ruhainies. ‘Hanya makan-makan bersama keluarga’

Baca juga: ‘Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.’ Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

Sebenarnya, apakah tindakan seorang isteri apabila mendapati suaminya ditangkap khalwat dari sudut agama?

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri berkata, si isteri perlu bertindak perlu dilakukan dalam keadaan tenang dan agar keputusan diambil tepat.

Malah beliau juga menegur silap sesetengah pihak yang terlalu banyak mengulas perkara yang mereka tidak tahu.

“Pada pandangan saya, ia perlu dilihat dengan betul pada hakikat apa sebenarnya berlaku manakala yang kedua bagi saya, masalah ini mengajar kita untuk muhasabah.

“Boleh jadi kesilapan-kesilapan yang lalu itu apabila diperbaiki, ia menjadi jauh lebih baik. Dengan syarat taubat (jika betul apa yang berlaku), berubah dan terangkan hakikat sebenar. Ia penting supaya apa yang tidak baik itu dapat dijernihkan.

“Tapi jangan orang lain yang tidak tahu tentang perkara ini hendak ulas begini, begini dan begini hingga ia menjadi andaian dan sangkaan. Semua ini Bahasa Arab dipanggil ‘takhni’ iaitu benda ada bukti yang kukuh. Yang ini kita perlu lakukan ia memperberbanyakkan muhasabah,” katanya.

Baca juga: Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa, Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

Baca juga: Isu 3 pagi tidak benar, Risteena dedah bukti perbualan bersama Ruhainies di WhatsApp

Dalam pada itu, Dr Zulkifli menasihatkan para isteri yang menjadi mangsa kecurangan berkhalwat membuat keputusan dengan sewajarnya dengan melakukan timbang tara dengan tenang.

“Jadi, bagi saya dalam isu ini, pertama sekali sebagai seorang isteri perlu sabar dan tenang. Ini kerana mengikut hukum, apabila membuat keputusan ketika sedang marah, ia biasanya kurang tepat. Biasanya begitu.

“Jadi untuk mengelakkan yang ini, isteri tenangkan diri terlebih dahulu dan dapatkan (info) yang sebenar.

“Apabila hati sudah sejuk, solat dan berdoalah. Buat pertimbangan untuk anak, suami dan sebagainya kemudian ambillah satu keputusan selepas bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman, berkefahaman baik dan matang serta membuat keputusan baik.

“Manusia tiada yang maksum. Saya pun banyak salah, kita banyak silap namun yang sebaiknya yang bertaubat kepada ALLAH,” katanya.

Baca juga: Suami curang, hubungan terlarang, wanita bujang jangan takut berkahwin- Ustazah Asma’

Baca juga: Tidak sefahaman, curang, campur tangan mentua punca utama penceraian di Malaysia, umur 35-39 tahun paling tinggi-LPPKN

Iklan

Baca juga: Pengorbanan dikhianati, pernah tular bersalin czer dua kali dalam tempoh 11 bulan, TikToker dicurangi hingga berpisah

Dalam pada itu, kepada empunya diri yang melakukan kesalahan berkenaan, Dr Zulkifli menasihatkan agar bertaubat.

“Tidak perlu mempertahankan apa-apa. Selepas bersalah dan kemudian mempertahankan kesalahan, bukan begitu caranya.

“Paling penting, kembali kepada ALLAH, bertaubat dan insaf. Boleh jadi dengan cara ini boleh membina satu suasana dan kedudukan yang lebih baik. ini yang saya harapkan.

“Banyak sejarah manusia yang terkhilaf dalam hidup dan salah namun apabila bertaubat menjadi orang yang jauh lebih baik. Harapannya begitu,” kongsinya.

Memberikan nasihat kepada umum, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berharap keputusan diambil pasangan yang terlibat isu khalwat tidak diambil mudah dan mengikut perasaan.

 

Iklan

“Kita harapkan yang terbaik. Saya tidak kata apa-apa, cuma nasihatkan secara umum. Buat keputusan bukan ketika amarah dan tidak puas hati. Bertenang serta berdoalah kepada-NYA, istikharah.

“Bertanya kepada orang mempunyai fahaman dan pengetahuan, yang arif dalam kehidupan untuk selesaikan isu ini. Insya-ALLAH kita akan bertemu satu titik natijah yang terbaik,” katanya lagi.

Semoga info ini menjadi panduan dan memberikan manfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!