PENGORBANAN isteri melahirkan zuriat buat adalah antara yang terbesar. Demikian hebat seorang wanita, walaupun kudratnya tidak setanding lelaki sanggup bertarung nyawa demi insan-insan yang disayangi. Seperti pempengaruh wanita di Indonesia ini yang mengandung dan bersalin secara pembedahan Caesarean (czer) dua kali dalam tempoh 11 bulan.

Empat bulan bersalin anak sulung, wanita itu disahkan hamil dan usia kandungan sudah mencecah dua bulan. Tidak dapat digambarkan kata-kata, waktu sedang berbadan dua, pempengaruh dikenali sebagai Venty Alberti itu mengalami pelbagai kesakitan ‘membawa perut’.

Tidak mampu berjalan, TikToker berusia 21 tahun itu terpaksa dipapah suami, Akash Elahi.

Baca juga: Bahaya tumpah darah lepas bersalin rahim boleh dibuang, 12 golongan ibu hamil ini jaga-jaga ya

Baca juga: Si comel berlesung pipit pelengkap cinta Fizo & isteri, Wan Umaira ‘kembar tahun’ Wan Khaleeda

Baca juga: Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

Lebih sayu lagi, apabila tiba masa bersalin parut pembedahan yang sama dibelah kembali demi mengeluarkan buah hati kedua mereka, Malik Azhan Elahi pada Julai 2023.

Ramai menyangka pengorbanan isteri hamil dan melahirkan dalam jarak masa yang dekat itu akan dihargai suami.

Namun media seberang melaporkan pasangan itu kini dipercayai sudah berpisah gara-gara orang ketiga.

Tribunnews melaporkan perkahwinan empat tahun kedua-duanya influencer itu telah terlerai.

Menerusi akaun Instagramnya, Venny menunjukkan foto tanda tangan dan setem dipercayai untuk urusan penceraian. Malah wanita itu turut berkongsi catatan menggambarkan perasaan hancur rumahtangganya bersama Akash kini musnah.

“Semoga bahagia,” titip Venny buat lelaki di Insta Story.

Lelaki berkenaan yang berasal dari Pakistan itu terdahulu dipercayai telah dua kali berkahwin sebelum bernikah dengan Venny.

Warga maya rata-rata memberikan semangat buat influencer itu agar tabah meneruskan perjalanan sebagai ibu tunggal.

Baca juga: 4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

baca juga: Ibu 70 tahun bersalin cahaya mata kembar, nekad mengandung selepas diejek mandul

RISIKO HAMIL KURANG 6 BULAN SELEPAS CAESAREAN

1- Ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.

2-Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan berlaku kurang dari 1 peratus bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya.

Iklan

3-Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section)

4-Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku!

5-Antara risiko dihadapi ibu yang hamil rapat adalah seperti berikut:

i)Tumpah darah dari rahim ibu sehingga ibu memerlukan transfusi darah.

ii)Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen sehingga boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.

iii)Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.

Iklan

iv)Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan Caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum ibu dibedah.

v)Kehilangan darah yang banyak boleh berisiko menyebabkan masalah DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation) yang mana darah terus-menerus mengalir keluar dari badan kerana darah tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.

Wanita yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan perlu segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum ibu boleh melalui TOS. Hal ini kerana risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).

Sumber: Tribunnews, Suara.com, Instagram Venti Alberti, Columbia Asia

Layari portalSinarPlusuntuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami diTwitter,Instagram,Threads,YouTube&Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kamiDI SINIuntuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewaMAKANAN KUCING TOMKRAFyang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platformShopee Karangkraf Mallsekarang!