BARANGKALI ramai yang sudah tahu mengenai mesin canggih yang viral di media sosial yang mana kononnya boleh memudahkan suri rumah memasak pelbagai jenis menu dengan hanya di hujung jari sahaja.

Thermomix atau dengan jolokan bibik Jerman itu bukan sahaja menarik perhatian ramai bahkan harganya yang bukan calang-calang kerana mencecah hampir RM7,000.

Suami pastinya tak boleh tidur lena jika tiba-tiba isteri kesayangan meminta pula, bukan?

thermomix
SELAIN mempunyai lebih 10 fungsi, thermomix yang boleh memaparkan lebih 57,000 menu.

Tidak mustahil perkakas memasak yang luar biasa itu menjadi igauan ngeri para suami apabila si isteri mahukannya sebagai hadiah hari jadi atau pun kejutan ulang tahun perkahwinan.

Jumlah yang bukannya ‘murah’ yang mungkin mampu dimiliki golongan kluster ‘kayangan’. Namun, apa yang menarik sebenarnya mengenai produk buatan negara Eropah Tengah itu?

THERMOMIX
CHEF selebriti, Anis Nabilah juga berkongsi menu masakan menggunakan thermomix.

Selain dikatakan mempunyai lebih 10 fungsi, dengan hanya menggunakan perkakas memasak canggih itu, pengguna hanya perlu mengendalikannya dengan mudah tanpa membuatkan dapur bersepah.

Iklan

Bunyinya agak menarik dan boleh dilihat pelbagai selebriti terkenal membuat demonstrasi memasak menggunakan thermomix yang boleh memaparkan lebih 57,000 menu.

thermomix
PELAKON popular, Nabila Huda juga tidak ketinggalan untuk memiliki perkakas moden buatan Jerman itu.

Sudah menonton demontrasi memasak menggunakan bibik Jerman itu? Bagi yang tidak pandai memasak pun, boleh menjadi genius apabila menggunakan panduan resipi yang disediakan.

Iklan

Di media sosial, ada yang menyukai dan ada yang berfikir berkali-kali. Namun, walau apa pun terpulanglah pada anda. Jika mampu, apa salahnya kan?