SEMUA pihak perlu patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghentikan perbuatan ‘politiking’ (mainan politik) yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara.

Semua ahli politik tanpa mengira ideologi diminta memberi fokus kepada usaha membantu kerajaan dan penjawat awam dalam menangani penularan Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sinar Plus juga berharap orang ramai tidak berputus asa dan bersabar menghadapi wabak Covid-19 kerana pasti ada hikmah di sebalik apa yang kita sedang hadapi.

‘Suara rakyat’ viral di media sosial, mohon hadamkan

Sinar Plus tertarik untuk kongsikan satu tulisan yang menggambarkan ‘suara rakyat’ seperti yang tular di aplikasi Whatsapp dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Iklan

Malangnya Sinar Plus gagal untuk menjejak penulis asal tulisan tersebut tapi apa yang pasti isi kandungannya menggambarkan keperitan situasi yang sedang dialami rakyat bagi memerangi pandemik Covid-19 setelah kes dilaporkan kembali meningkat hari ini.

Kredit untuk penulis asalnya.

Iklan

Isi kandungan tulisan tersebut adalah seperti berikut:

“Kami dah bebas dulu. Kami dah patuh SOP. Berbulan lamanya. Kami flat kan curve. Kami solat tarawikh di rumah, raya di rumah, belajar untuk baca khutbah sendiri di rumah.

“Kerja di rumah, walaupun internet kadang-kadang semput, VPN selalu disconnected.

“Cuba resipi baru di rumah, kadang tak jadi kadang jadi tapi kami layankan dan kami post di Facebook sebagai hiburan.

“Anak-anak kami struggle dengan online learning. Kadang-kadang google classroom, kadang-kadang telegram, whatsapp malahan ada juga yang menggunakan discord.

“Kejap pakai laptop, kejap pakai smartphone. Kami layankan dalam kalut bekerja. Anak duduk di asrama, berbulan tak dapat jumpa tapi kami akur agar flatten the curve.

“Semua kami buat demi Malaysia tercinta.

“Ada yang hilang pendapatan, ada yang gaduh laki bini, ramai tak jumpa mak ayah ketika hari raya, semua rakyat korbankan.

“Tapi apa jadi? Sibuk berpolitik, lompat parti. bubar kerajaan, pilihanraya negeri, sibuk berkempen sana sini.

“Sekarang apa jadi? Semua kluster keluar, parit, tembok, longkang, tingkap, belanga, slipar. Kluster ‘punca’ takda ke?

“Tolong berenti kejap mainan politik boleh? Bila Covid-19 betul-betul pulih, vaksin dah merata, korang sambung la berperang.

“Sekarang bagi kerjasama cari jalan terbaik untuk berkhidmat demi rakyat. Kalau tak boleh, duduklah rumah diam-diam bagi pihak berwajib dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat kerja.

“Kami tak perduli la siapa ada number, kami peduli KKM punya number sahaja.”