PENGUMUMAN kerajaan baru-baru ini yang membuka pusat pelancongan domestik secara berperingkat sedikit sebanyak menggembirakan mereka yang tidak sabar untuk keluar bercuti.

Meskipun negara masih dilanda wabak Covid-19, namun jaminan demi jaminan diberikan membuatkan pelancong berasa lebih selamat untuk melancong khususnya ke Pulau Langkawi.

Malaysia Airlines antaranya yang tidak ketinggalan menawarkan harga promosi tiket.

 Malaysia Airlines Langkawi

Justeru, kepada anda yang sudah ataupun bakal merancang mahu terbang ke pulau lagenda tersebut, rebutlah peluang keemasan itu hingga 31 Oktober nanti.

Harga serendah RM89 ditawarkan untuk perjalanan sehala dan tempoh tempahan dibuka bermula sekarang hingga 30 September ini saja.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menempah tiket dan tempat duduk masing-masing kerana tawaran pakej Ekonomy Lite itu memang berbaloi.

Selain itu, Malaysia Airlines mengadakan perjalanan 5 trip ke Pulau Langkawi setiap hari dan turut memberi jaminan keselesaan dan keselamatan sepanjang perjalanan.

 Malaysia Airlines Langkawi

Selain jaminan 100 peratus kru kabin sudah disuntik sepenuhnya, anda berpeluang untuk menerima 50 peratus bonus Zurich points.

Dengan tanda pagar #flyconfidently, Malaysia Airlines menambah keyakinan pelanggan dengan pengiktirafan 7-Star Covid-19 Compliance.

Iklan

Menarikkan? Jadi, bagi mereka yang sudah lengkap dua dos dan merancang untuk terbang dalam masa terdekat, apa tunggu lagi?

 Malaysia Airlines Langkawi

Bukan itu sahaja, Lazada Malaysia juga menawarkan pakej percutian menarik dengan tawaran berbaloi-baloi.

Hanya tempah untuk pakej Family Combo Langkawi SkyCab 4-in-1, anda hanya perlu bayar bermula RM77 hingga RM149 saja.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 Malaysia Airlines Langkawi

Selain Langkawi SkyCab yang menjadi tumpuan, terdapat beberapa lokasi percutian menarik ditawarkan di Lazada antaranya Underwater World, Langkawi Crocodile Adventureland dan banyak lagi.

Memang seronok apabila kerajaan memberi kelonggaran untuk semua bercuti, namun jangan sesekali lupa untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya! #kitalaluibersama #kitajagakita