Syed Saddiq kecewa pengumuman dibuat saat akhir, bimbang simpanan ibu bapa habis beli gadjet

A
A
A

SEPERTI ramai sedia maklum, selepas dua bulan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dijalankan sebagai usaha kerajaan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19, akhirnya baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan secara bersemuka.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sekolah akan mula dibuka semua bermula 1 Mac ini secara berperingkat.

Keputusan itu pastinya menimbulkan banyak persoalan terutama kepada golongan ibu bapa yang mana ada dalam kalangan mereka mendakwa telah ‘berhabis’ semata-mata  tidak mahu anak tercicir dalam sesi PdPR dengan menyediakan kemudahan alatan pembelajaran seperti laptop dan juga tablet.

Bagi ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan antara individu yang giat menjalankan kempen dan mengutip dana bagi membantu rakyat yang memerlukan dengan sumbangan laptop kepada pelajar Muar juga bimbang terhadap perkara tersebut.

Ada orang kata, "YB baru bagi laptop, bagi tablet, sekolah dah nak buka minggu depan. Macam kena troll je kena botak kepala."

“Saya senyum. Ada juga kawan-kawan saya yang bergurau begini. Tapi ini benda kecil.

“Bagi saya, apabila sekolah mula dibuka pada bulan Mac ini, saya lebih risau memikirkan hal ibu bapa yang baru sahaja guna wang simpanan untuk beli laptop, beli tablet, pasang internet di rumah.

“Semua dah dibelanja untuk persiapan belajar secara online dari rumah. Alih-alih, ada pengumuman seminggu sebelum yang sekolah akan dibuka semula.

Syed Saddiq kecewa pengumuman dibuat saat akhir, bimbang simpanan ibu bapa habis beli gadjet

“Saya terbayangkan ibu bapa yang baru habiskan wang beli gadjet sekarang kena beli baju sekolah, kasut sekolah.

“Mungkin untuk sesetengah orang tak rasa beban kewangan ini. Tapi, ramai yang memang susah di luar sana,” tulisnya di Facebook.

Tambah Saddiq lagi, setiap satu sumbangan laptop dan tablet yang diberikan kepada keluarga Muar bukan satu benda yang membazir walaupun sekolah akan dibuka semula.

“Rakyat Malaysia yang memudahkan urusan saya meraih dana pasti tak rasa menyesal dan rugi kerana laptop dan tablet ini tujuannya untuk pelajar belajar.

“Laptop dan tablet ini dah habis guna, boleh beri kepada adik-adik pula. Saya pun berjaya dapatkan harga yang berpatutan untuk gadjet yang berkualti. Boleh tahan empat hingga lima tahun kalau diguna dengan baik.

“Cuma, saya sedikit terkilan dengan pengumuman minit terakhir (seminggu sebelum). Tadi pun saya terbaca satu posting simpanan ibu bapa dah habis beli gadjet, sekarang kena beli barang keperluan pelajar pula.

“Itulah realiti apabila ada pengumuman minit terakhir dibuat. Ramai akan susah. Ramai akan cari wang sebab ibu bapa akan buat apa saja untuk anak-anak dapat ilmu belajar.

“Untuk pelajar Parlimen Muar, saya akan terus berusaha bantu seramai yang boleh sebaik mungkin. Saya juga sentiasa ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong usaha Parlimen Muar,” katanya lagi.

Ada orang kata, "YB baru bagi laptop, bagi tablet, sekolah dah nak buka minggu depan. Macam kena troll je kena botak...

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Saturday, 20 February 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca