Syukur, tak ada isu tak cukup makan di kampus

A
A
A

ALHAMDULILLAH, itulah ungkapan pertama seorang pelajar tahun akhir Ijazah Kerja Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Hafizul Imran Abas apabila bertanya mengenai keadaan semasanya di kampus.

Kongsinya, selain beliau terdapat hampir 2 ribu pelajar yang masih berada di dalam kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hari ini.

“Kebanyakannya mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang telah dibatalkan penerbangan disebabkan oleh Covid-19.

“Ada juga pelajar yang masih berada di dalam kampus akibat kemudahan akses internet yang kurang di kampung,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Inisiatif kerajaan melalui pakej rangsangan yang telah dibuat amat membantu mereka di kampus setelah bajet berbentuk kewangan ditukar menjadi kupon.

“Kami menerima kupon makan antara RM7 ke RM15 sehari dan ia boleh digunakan di mana-mana kafeteria dan kedai serbaneka yang beroperasi di dalam kampus” kongsinya.

Kongsinya, sepanjang PKP di dalam bilik di kampus, beliau banyak menghabiskan masa dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, bersenam dan bersantai.

Nasihatnya kepada pelajar-pelajar lain juga, sentiasalah menjaga kesihatan dan patuhi arahan yang telah ditetapkan.

Duduk bilik dan jangan lupa siapkan assignment tau!

Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh PKP, pihak universiti sentiasa mengawal aliran kenderaan keluar masuk dan juga melakukan pemeriksaan suhu.

Bagi pelajar yang betul-betul memerlukan kebenaran atas urusan penting, pihak universiti melalui Nerve Centre akan mengeluarkan surat kebenaran selain rondaan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan USM.

Lebih menarik, kongsi seorang lagi pelajar USM, Nur Izaireen Sanari, di Facebooknya, beliau menzahirkan rasa syukur apabila menerima kupon makanan untuk kali kelima.

Kongsinya, beliau telah menerima berjumlah RM427.50 sepanjang lima fasa pengagihan bantuan tersebut iaitu masing-masing RM100, RM65, RM52.50, RM157.50 dan RM52.50 dalam fasa yang berperingkat itu.

“Alhamdulillah, terima kasih pihak universiti kerana sentiasa menjaga kebajikan pelajar.

“Maka, nikmat Tuhanmu yang mana lagi hendak kau dustakan?,” tulisnya.

Terdahulu, tular satu rungutan kononnya seorang pelajar di kampus berkenaan tidak berpuas hati dengan ‘nasi bungkus’ yang diberikan.

Namun, pihak universiti telah menegaskan bahawa itu adalah berita palsu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca