SETELAH seharian melakukan aktiviti atau sibuk menguruskan urusan kerja di pejabat, sebelah malam pula seharusnya dijadikan sebagai waktu istirahat.

Memiliki waktu rehat yang cukup membolehkan kita untuk tidur awal dan bangun pada awal pagi keesokkan harinya tanpa berasa letih atau mengalami gangguan emosi.

Tabiat tidur awal perlu diamalkan sebagai gaya hidup sihat bagi membantu untuk kekal bertenaga menjalani rutin harian dengan penuh semangat serta positif.

Bagaimanapun, kekerapan tidur lewat dan bangun awal boleh menyebabkan kita terdedah kepada risiko penyakit seperti kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dan kolestrol tinggi.

Menurut laporan, sebanyak 10 peratus daripada 430,000 orang di Britian berdepan dengan risiko meninggal dunia akibat tabiat tidur lewat dalam tempoh enam hingga tujuh tahun.

Perkara sebegini pastinya sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi segera agar dapat terhindar daripada kesan kemudaratan.

Oleh itu SinarPlus ingin kongsikan antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada terus dengan tabiat tidur lewat, bangun awal:

1. Latih diri dan tetapkan masa

Cuba ubah waktu untuk tidur lebih awal sekiranya sebelum ini tidur lewat sudah menjadi kebiasaan. Oleh itu, latih diri untuk patuh kepada jadual tidur yang lebih sistematik.

Sekiranya anda mendapati perubahan tersebut sukar, berikan waktu pada diri sendiri untuk berubah secara perlahan lahan.

2. Hindari gajet

Penggunaan gajet sebelum tidur tidak digalakkan sama sekali. Hal ini kerana ia akan menyebabkan ketagihan sehinggakan tanpa sedar, anda sudah menghabiskan masa berjam-jam ‘mengadap’ peranti pintar itu.

Sebaiknya letak peranti di tempat yang sedikit jauh sehinggakan anda perlu bangun jika ingin mengambilnya. Perkara ini kerana kebanyakkan daripada kita pastinya berasa malas untuk bangun semula sekiranya sudah berada di atas katil.

3. Elakkan pengambilan kafein

Sebaiknya sebelum tidur cuba elakkan diri daripada mengambil minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kedua-dua minuman tersebut akan merangsang otak untuk terus berjaga sehingga mengalami kesukaran untuk tidur.

4. Banyak berfikir

Iklan

Tidak dinafikan sebelum tidur merupakan antara ruang waktu membuatkan kita berfikir perihal perkara yang telah berlaku pada waktu siang. Seharusnya tabiat ini tidak wajar untuk diamalkan kerana akan menyebabkan gangguan tidur.

Sekiranya berterusan melakukan perkara tersebut, tanpa sedar ia telah mengakibatkan kita tidur lewat sekali gus menambahkan tekanan. Jika hal tersebut tidak mampu untuk dibendung, cuba untuk tuliskan perkara yang anda fikirkan di dalam sebuah buku nota.

Lakukan catatan seperti jurnal bagi memudahkan anda untuk mengetahui perkara yang akan dilakukan seterusnya.

 

Iklan

Oleh itu secara ringkasnya, jaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Bukan sahaja dari segi pemakanan, bahkan tidur juga dapat menghindarkan kita daripada mengalami penyakit kronik.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjadikan tabiat tidur awal dan bangun awal pagi sebagai rutin harian.

Tambahan, bangun pada awal pagi juga merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW agar memiliki banyak masa untuk beribadah dan menyelesaikan tugasan harian.