Tak cukup tidur boleh menyebabkan barah payudara? 10 info penting wanita wajib tahu

MASALAH tidur yang tidak berkualiti sama ada masa tidur yang tidak mencukupi atau sering terjaga atau sering mengalami mimpi yang menakutkan, boleh mengundang kepada beberapa penyakit berbahaya.

Antaranya penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis (diabetes), berat badan berlebihan (obesiti), kemurungan dan kemungkinan barah.

Berikut 10 info penting wanita perlu tahu;

1. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cancer, mereka yang tidur kurang daripada enam jam setiap malam menghadapi risiko barah, 41 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tidur enam hingga lapan jam setiap malam.

2. Menurut kajian, individu yang tidak tidur siang menghadapi risiko barah 60 peratus lebih tinggi daripada mereka yang kerap tidur siang selama lebih satu jam sehari.

Baca juga Berisiko dapat kanser payudara & prostat kalau tidur lampu terbuka. Ini impak buruk lain

3. Para penyelidik juga mendapati bahawa peserta kajian yang tidur kurang daripada tujuh jam secara keseluruhan (malam dan napping siang hari) mempunyai risiko barah 69 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

4. Pola tidur yang tidak berkualiti boleh meningkatkan pengeluaran hormon stres dan menyebabkan proses tekanan oksidatif yang merosakkan tisu dan sel. Ia kemudiannya memulakan tindak balas berantai yang boleh membawa kepada keradangan kronik dan akhirnya, mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sel-sel barah terus membiak.

5. Tidur merupakan tempoh masa di mana proses pembaikan sel DNA berlaku dan gangguan tidur boleh membawa kepada proses mutasi genetik, yang menggalakkan pertumbuhan barah.

6. Pola tidur yang tidak berkualiti juga menyebabkan sistem pertahanan tubuh (imuniti) terjejas dan menjadi kurang berkesan untuk mengesan dan menghapuskan sel-sel barah.

7. Mereka yang kerap bekerja syif malam antara kumpulan orang yang berisiko mendapat barah kerana pendedahan kepada cahaya semasa bekerja syif malam selama beberapa tahun boleh mengurangkan tahap melatonin dan seterusnya menggalakkan barah berkembang.

Baca juga Tingkatkan kesedaran kanser payudara. Saringan awal bantu kurangkan risiko, tingkat peluang sembuh

Iklan

8. Beberapa barah seperti barah payudara, kolon, ovari dan prostat, adalah antara jenis-jenis barah yang berkait dengan masalah kurang tidur.

9. Selain tidur, diet, kawalan stres dan senaman adalah faktor yang menjadi tonggak kesihatan yang perlu diperhatikan bagi mencegah barah.

10. Ramai saintis yang memberikan pandangan bahawa penggunaan magnesium atau melatonin yang lebih selalu perlu diberikan, berbanding dengan ubat tidur sintetik yang boleh menyebabkan ketagihan.

Semoga bermanfaat.

Iklan

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!