Ramai tak sedar, sejak 2007 lagi tak dibenarkan mana-mana produk guna perkataan 'LULUS KKM'

A
A
A

PASTI jika membelek sesuatu produk diri, terbaca saja perkataan 'LULUS KKM' dalam sesuatu produk, timbul rasa yakin untuk membelinya bukan?

Ramai sahaja mak cik pak cik yang percaya jika ada 'tulisan' itu pada sesuatu produk. Begitupun, ketahuilah bahawa tulisan sedemikian 'tidak boleh dipercayai' ya.

Ikuti penerangan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah ini:

Boleh nilai sendiri

Perkongsian Dr Suhazeli.

Saya tidak nak komen lebih mengenai promosi jualan mandian bidara ini. Netizen boleh nilai sendiri atas customer empowerment yang telah banyak ditulis sebelum ini oleh ramai doktor bertauliah.

Saya cuma nak tegur bab penggunaan perkataan "LULUS KKM'. Sebenarnya pihak berkuasa kawalan dadah Kebangsaan (NPRA) telah pun mewartakan dalam website rasmi mereka sejak 2007 lagi bahawa tidak dibenarkan mana-mana produk menggunakan perkataan "LULUS KKM".

Perkataan sedemikian boleh:

1️. Mengelirukan masyarakat

2️. Dianggap seolah-olah cuba menipu masyarakat bahawa produk yang berkenaan diluluskan untuk mengubati penyakit-penyakit yang diiklankan.

3️. Menjadikan tanggapan masyarakat bahawa produk itu telah lulus dari sudut kajian keberkesanan, ujian keselamatan dan tahap kualiti pembuatan. Sedangkan ia tidak dibuktikan melalui ujian klinikal.

Bersikap jujurlah dalam membuat promosi.

Kredit: FB Dr Suhazeli Abdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca