KUALI perkakas asas yang penting di dapur. Tapi kalau memasak makanan asyik melekat dan bila disimpan mudah berkarat, mesti ke tong sampah lah pengakhirannya nanti.

Pernahkah anda terfikir bagaimana cef-cef yang memasak menggunakan api dapur yang besar bertekanan tinggi tapi masakan tidak pula melekat pada kuali? Nasi goreng jadi berperisa kesan daripada pembakaran yang sempurna. Inilah rahsia yang dikongsikan lelaki ini.

Perkongsian daripada Wan Luqman mengenai season the wok atau teknik membakar kuali jenis carbon steel adalah ilmu baru yang sangat berguna. Ia membantu kuali jenis carbon steel tidak mudah berkarat dan melekat apabila digunakan.

Carbon steel wok

“Ini kuali ketiga saya. Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13 inci terus sambar. Susah sikit nak jumpa saiz 13 inci. Sudah selesai masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ini.

“Orang putih cakap “season the wok”. Untuk apa bakar? Carbon steel wok ini kalau tidak jaga dan tidak manjakan, ia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna.

Manfaat bakar kuali

“Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tidak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok. Hahaha, macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda. Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan memang cantik dan best. Ada juga dijual pre-season wok atau kuali yang sudah siap dibakar. Mahal sedikit harganya.

“Proses semua memakan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Dapur saya bukan jenis high pressure tapi turbo burner,” katanya.

Langkah-langkahnya

1. Kuali ini masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali berminyak. Itu adalah minyak dari kilang. Jadi kita kena cuci dulu. Tenyeh dan gosok dengan sabun menggunakan span besi. Semua bahagian kuali perlu digosok.


2. Selesai digosok dan cuci dengan menggunakan span besi mesti nampak kesan berus. Biarkan sahaja, jangan sedih pula lihat kuali bercalar.


3. Buka api dapur yang paling besar dan mula membakar!


4. Bakar seluruh permukaan kuali hingga kebiru-biruan. Ingat, jangan terlalu lama. Bila mula kelihatan biru terus beralih ke bahagian lain. Kalau terlalu lama di tempat sama, nanti kesan biru akan bertukar menjadi merah. Itu tanda besi terlalu panas dan kuali akan berkarat pada kemudian hari.


5. Apabila siap dibakar, biarkan selama 10 minit.


6. Selepas 10 minit, uji proses season tadi.


7. Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali.


8. Gunakan paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Bukan face tissue.

Iklan


9. Bila sudah terlalu garing, angkat bahan gorengan dan gunakan tisu tadi untuk mengelap permukaan kuali.


10. Selesai mengelap, biarkan sekejap dalam tiga hingga lima minit. Bagi masa untuk kuali menyejuk terlebih dahulu.


11. Kemudian bilas dan gosok menggunakan span tanpa sabun.


12. Lap kering kemudian panaskan. Titiskan minyak masak sedikit dan ratakan pada permukaan kuali.

Iklan


13. Bila kita gosok guna tisu diatas nyalaan api, kuali akan mula berasap. Tutup api dan siap. Nanti bila hendak gunakan, panaskan dulu. Ratakan sedikit minyak pada seluruh permukaan kuali barulah boleh digunakan.

Proses ini dipanggil pre season. Buat dua hingga tiga kali proses pre season ini. InsyaAllah kuali akan hitam gelap macam dekat restoran. Itulah yang kita mahukan. Confirm tidak melekat sampai sudah.

Tidak dibakar jadi berkarat

Wan Luqman juga turut menunjukkan kualinya yang berkarat kerana tidak dibakar atau season. Kesannya ia mudah berkarat.

”Ini kuali saya yang kedua. Beli dulu tak season pun sebab malas. Bila tak season, dia jadi macam ini lah. Lepas pakai, cuci bersih. Apabila sudah kering dan simpan. Kuali akan berkarat. Jadi setiap kali hendak digunakan saya kena cuci terlebih dahulu.

”Kuali macam ini, setiap kali lepas pakai basuh lap kering kemudian sapu minyak di seluruh permukaannya. Kemudian baru simpan. Ingat kulit muka sahaja yang perlu dijaga? Kuali kesayangan pun mesti kena jaga,” seloroh Wan Luqman.

Ilmu baru, terima kasih

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi warganet. Kebanyakannya berterima kasih kerana ia adalah ilmu baru yang bermanfaat.

“Terima kasih bagi info yang berguna. Selama ini saya tidak tahu pun kena bakar dulu. Saya beli dan guna tanpa di bakar. Esoknya berkarat dan sampai sekarang saya tidak guna kuali itu. Takut berkarat.”-Salynna Mohd Alias

“Baru beli kuali mcm ni semalam. Belajar kat Youtube cara nak season. Leceh juga, tapi kalau tak buat bahaya pulak sebab  ade lapisan wax. Kena buang lapisan itu dengan pembakaran.”-Maryam Annur

“Terima kasih kongsikan cara jaga kuali ni. Makcik sudah buang sebab tak pandai jaga. Berkarat” -Anie Abdullah

“Dulu ada kuali macam ini, sekali keluar karat terus ku buang. Ruginya”-Nur Anne Jalil

“Saya baru buang minggu lepas sebab dia jadi berkarat. Dekat dua minggu simpan sebelum buang. Kalau lah jumpa post ini minggu lepas selamat kuali saya.”-Adeline Nair

Sumber: Wan Luqman