Tak perlu beli syampu, soda bikarbonat, cuka epal boleh selesaikan masalah kutu kepala

KADANGKALA pada usia empat tahun, mak ayah sudah mula hantar anak-anak ke sekolah tadika.

Namun, kebanyakannya pada usia lima atau enam tahun.

Tadika merupakan platform untuk melatih si kecil supaya lebih bersedia sebelum menjejakkan kaki ke fasa persekolahan yang sebenar.

Tidak dinafikan pendekatan itu sememangnya bagus untuk tumbesaran mereka.

Namun, tahukah anda, ada sekolompok mak ayah yang cukup takut untuk menghantar anak-anak pusat pengembangan itu gara-gara khuatir anak kesayangan mereka bakal berhadapan dengan masalah kutu.

Kredit foto: RODNAE Productions

Ya, benar fasal kutu, bukan masalah tidak boleh mencari kawan-kawan atau menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

Tak percaya? Bacalah rungutan mereka di laman sosial.

Para ibu terutamanya bukan sahaja meluahkan rasa sedih, malah tidak berpuas hati apabila anak mereka sudah menggaru kepala angkara haiwan kecil itu yang sudah membiak walau baru seminggu bersekolah.

Hal tersebut sebenarnya secara tidak langsung boleh mengganggu prestasi pembelajaran si kecil.

Kredit foto: Artem Podrez

Baca juga: Cermin mata tusuk kepala anak, ibu kongsi kejadian sebenar

Justeru, menerusi artikel pada kali ini, SinarPlus ingin berkongsi tentang cara-cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengurangkan atau mengelakkan anak-anak diserang kutu. Berikut inti patinya:

i) Semburan soda bikarbonat
– Semburan soda bikarbonat merupakan satu kaedah yang tidak memerlukan pengeluaran wang begitu banyak dan ia juga berkesan untuk menghilangkan kutu pada rambut.
– Cara pembuatannya adalah dengan mencampurkan serbuk soda bikarbonat dengan air dan kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
– Orang ramai digalakkan membiarkan rambut dengan semburan itu selama 10 minit dan boleh bilas seperti biasa dengan menggunakan air suam sahaja.

ii) Syampu khusus untuk kutu

Kredit foto: Pavel Danilyuk

– Kepada ibu bapa yang mengalami masalah anak-anak berkutu, boleh menggunakan syampu yang dibuat khusus untuk merawat kutu.
– Cara penggunaannya adalah dengan meratakan syampu pada seluruh rambut dan kulit kepala dan biarkan selama 10 minit.
– Kemudian boleh basuh rambut anak seperti biasa dengan menggunakan air suam.
– Dalam pada itu, bagi mendapatkan keberkesanan yang lebih efektif adalah menyikat rambut anak dengan menggunakan sikat bergigi halus untuk menghilangkan kutu dan telur yang sudah mati.

iii) Syampu berasaskan minyak pokok teh
– Syampu yang diperbuat daripada minyak pokok teh sangat berkesan untuk membunuh kutu pada rambut.
– Sekadar informasi, minyak berkenaan bersifat antiparasit yang boleh membunuh kutu dan telurnya.

iv) Cuci rambut menggunakan cuka epal

Iklan
Kredit foto: Nicola Barts

– Cuka epal merupakan salah satu ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah kutu.
– Sifat bahan itu adalah berasid dan secara tidak langsung ia membunuh telur kutu dan membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi berasid. Keadaan itu menyebabkan kutu sukar untuk hidup.
– Cara penggunaan cuka epal untuk merawat permasalahan itu adalah dengan memasukkan sedikit larutan berkenaan ke dalam air suam. Kemudian anda boleh mencuci rambut dengan menggunakan air tersebut.
– Biarkan rambut dengan larutan cuka epal selama 15 minit dan kemudian boleh cuci seperti biasa.

Mak ayah tidak seharusnya ambil ringan tentang permasalahan kutu yang dihadapi oleh anak-anak.

Jika dibiarkan tanpa penyelesaian, ia boleh menyebabkan anak-anak lain dijangkiti pula.

Justeru, sekiranya kalian sudah tahu bahawa anak ada kutu pada rambut, alangkah baik jika rawat masalah itu menggunakan petua yang kami ketengahkan itu.

Baca juga: Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

Iklan

Baca juga: [VIDEO]Letak tuala basah atas kepala anak demam berisiko sawan, doktor dedah cara betul

 

Kredit foto utama: Bennie Lukas Bester

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi