Tak perlu bertekak hal politik, selak urusan orang lain, latih diri untuk hidup tenang

9 Kelebihan membaca surah Al-Waqiah, rezeki yang tak dijangka adalah sebahagiannya
9 Kelebihan membaca surah Al-Waqiah, rezeki yang tak dijangka adalah sebahagiannya
A
A
A

PERNAHKAH korang merasakan kehidupan harian serba tidak kena? Rasa yang menyebabkan kita tidak

selesa dan tiada kepuasan apabila melakukan sesuatu.

Semuanya hambar dan tawar.

Lumrah kehidupan, hati seseorang itu akan berbolak balik seperti ada yang tak kena sehingga

tiba-tiba sedih, takut dan gelisah.

Kita juga mudah rasa terluka dan berkecil hati dengan insan dan suasana sekeliling.

Adakala rasa seperti kita tidak difahami dan sentiasa bernasib malang.

Itu sebenarnya berpunca daripada hati tidak tenang.

Justeru korang boleh amalkan langkah-langkah berikut bagi membuatkan hidup menjadi tenang, apatah lagi tempoh pandemik Covid-19.

1. Jangan marah orang, biarpun tujuan mengelakkan mereka buat salah seperti mana kita tersalah langkah.

2. Ambil mudah, buat tidak kesah. Itu lebih indah apabila tidak lelah dengan urusan manusia. Gunakan

waktu untuk dekat dengan ALLAH.

3. Senyum sahaja sepanjang masa. Ramah mesra dan banyakkan diam dari berkata-kata. Jangan menyampuk

dalam perbualan. Jangan tawarkan wisdom. Ia bukan perlu melalui mulut. Jaga persahabatan.

Sampaikan melalui buku jika ingin berpesan pedoman.

4. Bina hubungan dengan Tuhan. Utamakan solat awal waktu dan al-Quran. Bina hubungan dengan orang yang lebih 'tinggi' daripada kita. Jadikan diri lembah takungan ilmu dari sekolah kehidupan mereka.

Baca juga Permohonan i-Citra dibuka hari ini, jumlah maksimum hingga RM5,000

5. Jangan berdebat. Teruskan berkhidmat. Pendapat siapa sekalipun, raikan sahaja. Usah tunjuk bijak.

Usah tunjuk tahu. Asalkan ia tidak sentuh akidah.

6. Bawa hal sendiri. Jangan menyalak dan bertekak hal politik dan isu semasa. Jangan menyelak urusan

peribadi orang. Jangan gelak terbahak-bahak campur urusan orang, biarpun rasa dia akrab dengan kita.

7. Jaga radar kawalan diri. Dan terus melonjak tinggi. Manfaatkan masa berbaki. Tinggal sikit sahaja lagi. Sampai masa kita akan pergi bertemu Tuhan yang MAHA TINGGI.

Selamat beramal!

Sumber: Datuk Roslan Ab Hamid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca