LAZIMNYA jagung yang dibeli daripada peniaga di pasar malam mesti sedap dan manis walaupun dah sejuk.

Kalau dibuat sendiri di rumah rasanya tidak pula macam itu.

Jagung yang kita rebus selalunya cepat kecut dan kurang terasa manisnya.

Tak pastilah anda semua, tapi yang admin tahu, sejak dulu lagi, ramai yang rebus dengan menambah garam bagi elak rasa tawar.

Namun, ada pendapat mengatakan, cara itu punca isi jagung menjadi keras dan tawar. Hmmm…Betul ke?

Baca juga: Resipi kek jagung, kek pisang tanpa telur, boleh bakar guna oven, kukus atau masak atas dapur gas

Baca juga: Buat jagung manis sendiri di rumah, guna 5 bahan mudah sahaja

Kalau nak tahu kebenarannya, kongsikan petua yang dipetik daripada Facebook page Berkebun di Rumah. Dah viral satu Malaysia.

Apa lagi, jom cuba petua ini.

1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung.
Langkah tersebut akan menyebabkan isi jagung menjadi keras.
Sebaliknya taburkan sedikit garam halus setelah ia masak.

2. Semasa merebus jagung, tambahkan sedikit gula dalam air rebusan supaya ia menjadi lebih sedap.

3. Biarkan air mendidih terlebih dahulu sebelum memasukkan jagung yang telah kupas.
Apabila air kembali mendidih, kecilkan api dan rebus jagung selama lima ke 10 minit.

4. Selepas jagung masak, boleh sapukan mentega. Kemudian, taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

 

5. Jangan biarkan jagung segar di luar.
Tindakan tersebut akan menyebabkan kemanisan semula jadi makanan itu hilang. Terus simpan jagung di dalam peti sejuk supaya kulitnya kekal hijau.

Iklan

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung pada waktu pagi dan boleh simpan di dalam peti sejuk.

Selain tip yang dikongsikan tersebut, ada juga yang beritahu admin supaya merebus jagung menggunakan susu.

Rasanya lebih berlemak dan manis.

Apa tunggu lagi, bolehlah cuba sendiri di rumah. Tak perlu beratur di pasar malam.

Iklan

Selamat mencuba semua.

SUMBER : Facebook Page Berkebun Di Rumah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang