Mengimbau raya zaman kanak-kanak, ramai di antara kita yang terimbas kenangan bermain bunga api. Meriahnya malam raya dengan percikan bunga api kala bermain bersama adik beradik dan saudara mara.

Momen sambutan hari raya tahun ini pasti akan lebih meriah apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kelulusan membenarkan bagi peniaga untuk menjual bunga api selama 30 hari (15 hari sebelum dan 15 hari selepas tempoh musim perayaan).

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata penjualan itu perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh PDRM. Antara syarat yang perlu dipatuhi peniaga ialah;

  • Warganegara Malaysia
  • Lesen berniaga mengandungi senarai bunga api jenis “Happy Boom” dan “Pop-Pop” perlu dipamer untuk diperiksa pihak berkuasa.
  • Tempoh jualan 15 hari sebelum dan 15 hari selepas tempoh musim perayaan (tertakluk kepada kelulusan budi bicara Pesuruhjaya Polis / Ketua Polis Negeri).
  • Penjulan di Kawasan pasar raya (wholeseller / hypermarket) adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai kawasan penyimpanan diperakui Bahagian Persenjataan PDRM dan mempunyai lesen perniagaan serta permit PDRM.

Manakala syarat bagi peniaga kecil dan bazar pula ialah perlu mempunyai tempat simpan yang selamat dan diperakui Bahagian Persenjataan PDRM. Selain itu, mereka perlu mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan dan permit PDRM.

Artikel berkaitan: Sesak Membeli-Belah Bagaikan Tiada Hari Esok, Warganet Suarakan Kebimbangan Muncul Kluster Bazar Aidilfitri

Iklan

Perniagaan bunga api dan mercun di 7-Eleven, 99 Speedmart, Mr DIY dan lain-lain kedai seumpamanya hanya dibenarkan menjual satu jenis bunga api sahaja iaitu Pop-pop dan mempunyai permit PDRM.

Antara 36 jenis bunga api yang dibenarkan dijual secara umum adalah;
1. Pop-Pop
2. Happy Boom Dush 20
3. Happy Boom Glow of Sunset
4. Happy Boom Glories
5. Happy Boom Flower Silver Cracking Rain
6. Happy Boom Candle
7. Happy Boom 20 (Roman Candle)
8. Happy Boom 30 (Roman Candle)
9. Happy Boom 10 Shots (Roman Candle)
10. Happy Boom 8 Shots (Roman Candle) (New)
11. Happy Boom Sun Sparkles
12. Happy Boom 10 Colour Sun Sparkles (18 inci Colour)
13. Happy Boom Fountain
14. Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain)
15. Happy Boom 15 inci Ice Cream (Fountain)
16. Happy Boom 13 inci Conic (Fountain)
17. Happy Boom Mini Ice Cream (Fountain)
18. Happy Boom Peacock (Fountain)
19. Happy Boom Happiness (Fountain)
20. Happy Boom Ground Boom Flower
21. Happy Boom Camelia Flower
22. Happy Boom Firework
23. Happy Boom Pili Cracker
24. Happy Boom Pili Cracker3 Minutes
25. Happy Boom Moon (Rockets)
26. Happy Boom Thunder Clap (Rockets).
27. Happy Boom Top Gun (UFO)
28. Happy Boom Top Gun
29. Happy Boom Sky Dragon
30. Happy Boom14 inci Besi
31. Happy Boom Bee
32. Happy Boom Mancis
33. Happy Boom Cili Padi
34. Happy Boom Party Popper
35. Happy Boom Banana Kecil
36. Happy Boom Banana Hujan

Para peniaga tidak dibenarkan untuk menjual bunga api kepada pembeli yang berumur kurang daripada 18 tahun. Urusan perniagan bunga api secara dalam talian atau di media sosial juga tidak dibenarkan.Restoran dan kedai makan tidak dibenarkan untuk menjual bunga api.

KENYATAAN MEDIA JABATAN PENGURUSAN

Penjualan Bunga Api Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2021.

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, April 28, 2021

Sebelum ini penggunaan dan penjualan bunga api mendapat tentangan hebat daripada sesetengah badan bukan kerajaan. Malah ketika menjelang musim perayaan hari Raya Aidilfitri 2019, polis melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api. Hanya mercun dan bunga api yang dibenarkan sahaja iaitu dari jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ sama seperti spesifikasi yang telah ditetapkan.

Iklan

Walau pun bunga api dibenarkan dijual, pengawasan ibu bapa juga amat penting. Ini adalah mengelakkan anak-anak membuat mercun sendiri menggunakan bunga api yang dibenarkan atau bahan mudah terbakar lain.

Sumber: Polis Diraja Malaysia