Tak sabar hidup bersosial dan rasa layak, tetap berhibur walaupun kes Covid-19 meningkat - Pakar

Tak sabar hidup bersosial dan rasa layak, tetap berhibur walaupun kes Covid-19 meningkat - Pakar
Tak sabar hidup bersosial dan rasa layak, tetap berhibur walaupun kes Covid-19 meningkat - Pakar
A
A
A

DEGIL! Walaupun kes jangkitan Covid-19 tinggi dan aktiviti hiburan masih dilarang, ada juga individu mengambil risiko mengunjungi sebuah pusat hiburan karaoke untuk berhibur, sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pakar berkata sikap tidak peduli, ingkar dan ekstroversi antara punca individu terus mengunjungi pub dan kelab malam, walaupun berisiko ditahan.

Tempat sedemikian ditutup sejak PKP dilaksanakan Mac lalu, tetapi mereka yang ditahan secara konsisten menyumbang kepada kebanyakan tangkapan harian kerana tidak mematuhi SOP.

Pakar psikologi dan kriminologi, Geshina Ayu Mat Saat dari Universiti Sains Malaysia berkata, ketidaksabaran untuk meneruskan kehidupan sosial, rasa layak dan tidak mempercayai berita rasmi mungkin antara sebab terhadap pengingkaran SOP.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, seramai 93 pengunjung di pusat hiburan Jalan Ampang ditahan dalam serbuan Op Hiburan Bersepadu tengah malam tadi.

Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju serta dibantu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur hasil maklumat awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap pengunjung yang terdiri daripada 66 pelanggan warga tempatan termasuk 22 wanita dan 27 warga asing termasuk 15 wanita mendapati mereka leka berhibur tanpa menghiraukan sebarang penjarakan fizikal.

"Siasatan awal mendapati pusat hiburan ini turut beroperasi secara haram selepas lesen perniagaannya tamat pada Julai lepas," katanya.

Tambahan pula sehingga hari ini, kerajaan masih tidak membuat sebarang perancangan untuk membenarkan kelab malam dan pusat hiburan kembali beroperasi buat masa ini.

Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan awal mendapati sebuah dewan serba guna ditempah khas dengan harga sehingga RM50,000 bersama pakej minuman keras untuk satu malam.

Katanya, kesemua pengunjung tempatan yang ditahan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Selain itu, pihaknya turut menahan dan menyiasat semua warga asing mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen, serta menjalankan siasatan mengikut Seksyen 32 Akta Kastam dan Eksais dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan.

“Setelah selesai urusan kompaun, kesemua OKK (Orang Kena Kompaun) telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca