Tak selesa, risau & malu bau mulut ketika puasa, ini cara kurangkan point nombor 3 paling berkesan

REALITINYA ramai antara kita risau dan malu apabila berhadapan dengan situasi mulut berbau.

Perasaan tidak selesa memang ada lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.

Namun, dalam keadaan kita hari ini, mujurnya pelitup muka yang dipakai dapat sekurang-kurangya menghilangkan masalah tersebut.

Suatu perkara yang perlu kita sedar ialah, mulut berbau bukanlah sesuatu yang asing dialami khususnya bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, antara penyebab bau mulut ketika berpuasa adalah keadaan mulut yang kering akibat tidak makan atau minum untuk satu tempoh yang lama.

Bagaimanapun, tidak perlulah anda risau dan khuatir kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Ini cara kurangkan bau mulut ketika puasa yang dikongsi Doktor Perubatan Rehabilitasi, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan;

1. Minum air secukupnya

Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa.

Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

Baca juga Ulser berpanjangan lebih 2 minggu isyarat awal kanser mulut. Perokok paling terdedah dengan penyakit ini

Kredit foto: freepik

2. Elak kopi dan teh ketika sahur

Kopi atau teh adalah bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing.

Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

3. Kurangkan bercakap

Terlalu banyak bercakap boleh menyebabkan mulut kelembapan dari mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering.

Selain itu, bernafas melalui mulut juga akan menyebabkan mulut menjadi kering dan nafas berbau.

4. Ambil karbo secukupnya

Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak ambil karbo dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Ini menyebabkan nafas busuk. Jadi, makanlah juga karbo ya!

Iklan

Baca juga Jika tak mahu mulut berbau petai, boleh cuba kunyah terung

5. Gosok gigi dan lidah

Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut.

Jadi gosoklah gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi. Bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

Baca juga Ibu dinasihat mengawal mulut, setiap kata-kata adalah doa untuk anak-anak. Ini nasihat Ustaz Wadi Annuar

Iklan

6. Pastikan tiada gigi rosak

Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau juga, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Masalah pada gigi atau gusi juga boleh menyebabkan mulut berbau. Contohnya karang gigi.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi