ORANG Malaysia memang suka melancong. Salah satu negara yang gemar dikunjungi oleh rakyat Malaysia ialah Korea Selatan. Negara kimchi itu bukan saja terkenal dengan pelbagai budaya seperti K-Pop dan K-Drama, malah makanannya juga sedap-sedap.

Jadi, tidak hairanlah setibanya di Seoul terutama Itaewon, pasti akan jumpa ramai pengunjung Malaysia Muslim kerana di situlah terletaknya port makanan halal Korea yang paling terkenal.

Namun, sebagai seorang Muslim, perkara utama yang paling penting yang selalu bermain di fikiran kita sewaktu ingin travel ke negara bukan Islam sudah tentunya makanan.

Dah datang jauh-jauh semestinya anda ingin mencuba makanan mereka, takkan nak duduk bilik makan mi segera sahaja setiap hari? Baik check in dekat Port Dickson je!

Ha, ini berita baik yang Sinar Plus nak kongsi. Korea Selatan kini dah semakin terbuka menerima pengunjung beragama Islam dengan menyediakan kemudahan solat di tempat tarikan pelancong. Soal makanan apatah lagi sebab dah banyak restoran yang mendapat sijil pengiktirafan halal.

Tak susah cari makanan halal di Korea, ini caranya!

Pengunjung boleh cari mana-mana restoran yang ada sijil halal yang dikeluarkan oleh Korea Muslim Federation (KMF). Sama seperti di Malaysia yang mana sijil halal dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Cara mereka mendapatkan sijil halal lebih kurang juga di Malaysia, restoran akan minta izin kepada KMF dan pihak mereka akan datang membuat lawatan pemeriksaan. Bila dah ada logo, lebih yakinlah pengunjung beragama Islam nak menjamu selera. Betul tak?

Selain itu, pengunjung juga boleh menggunakan alternatif lain dengan mencari restoran yang Self Certified yang mana kebiasaan pemiliknya ialah seorang Muslim. Jadi, apa yang dijual di restoran tersebut pun halal belaka.

Iklan

Antara restoran yang jual makanan halal ialah Makan Halal Restaurant dan EID Halal Korea Food yang terletak di Seoul. Ada juga restoran yang jual makanan Turki yang a rugi jika tak mencuba keenakkannya.

Tak susah cari makanan halal di Korea, ini caranya!
Sebagai ibu kota yang kosmopolitan di Korea Selatan, Seoul sudah tidak asing lagi dengan restoran-restoran yang menawarkan makanan halal dan Muslim-friendly.

Apa yang menarik ialah kedai tersebut dibuka 24 jam. Jadi kalau malam-malam anda lapar, pergilah ke Kervan Turkish Restaurant Halal.

Iklan

Jika keadaan terlalu memaksa sangat dan anda terlalu lapar dan tak tahu nak makan dekat mana disebabkan keraguan tentang status makanan, anda boleh hafal ayat ini:

Dwaeji gogi, ham, bacon ppaego juseyo”. Maksudnya, tolong jangan masukkan daging babi, ham atau bacon dalam makanan. Senang bukan?

Sebenarnya masyarakat Korea dah terbuka sekarang kerana mereka rancang nak menerima lebih banyak pelancong Muslim seluruh dunia. Semoga perkongsian Sinar Plus kali ini berguna untuk anda yang merancang untuk ke sana. Mungkin jika bukan dalam masa terdekat ini, boleh dijadikan panduan untuk masa akan datang.