TIDUR dengan kipas menghadap ke bahagian muka dikatakan punca terjadinya Bell’s Palsy? Ini kisah sebenar yang dialami ibu muda yang mengalami lumpuh separuh muka.

Seorang ibu hamil yang juga pengguna laman sosial TikTok Juli berkongsi keadaan yang dialaminya. Susulan Bell’s Palsy salah satu otot pada wajahnya menjadi lemah, tidak berfungsi dan herot.

Juli dalam video yang dikongsikan berkata perkara itu berlaku secara tiba-tiba.

Baca juga: Lelaki dedah stroke muka terdedah aircond lama, berikut fakta Bell’s Palsy

Baca juga: Justin Bieber lumpuh separuh muka diserang virus, berkelip sebelah mata

“Semalam semuanya masih normal, ada tak yang pernah alami seperti ini?” titipnya.

@juliyuliaaada yg pernah ngalamin ga si 😭♬ 갸루 짱 예쁘다 GAL Kor ver by 판시 – *⸜ PANXI ⸝*

Saat awal tejadinya perubahan itu, Juli tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sehinggalah dia mendapatkan rawatan perubatan.

Baca juga: Faye Kusairi lumpuh pada wajah ketika hamil, pakar jelaskan penyakit ini

Menerusi video yang seterusnya, ibu hamil itu berkongsi dia disahkan mengalami Bell’s Palsy seperti yang diteka oleh warga maya susulan angin daripada kipas kuat menghala ke wajahnya.

Bagaimanapun kata Juli, kipas hanya dihidupkan selepas menjelang masuknya waktu Subuh manakala waktu malam dia menggunakan pendingin hawa. Justeru, doktor menasihatkan agar penggunaan alat eletrik itu dikurangkan.

@juliyuliaadari nangis2 sampe bisa ngetawain muka sendiri 🥹🫠♬ original sound – sped up afrobeats

“Padahal tidur menggunakan pendingin hawa, doktor minta kurangkan penggunaan kipas,” titipnya.

Iklan

BELL’S PALSY

Bell’s Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot pada muka rosak atau berhenti berfungsi.

Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau belaku keradangan akibat jangkitan dengan virus. Kebanyakan pesakitnya akan pulih namun wujud sesetengah kes Bell’s Palsy berlarutan sepanjang hayatnya.

Gambar hiasan (Kredit: Canva)

Sebanyak 20 hingga 30 kes insiden Bell’s Palsy direkodkan bagi setiap 100,000 populasi. Individu daripada pelbagai semua peringkat umur terdedah kepada Bell’s Palsy namun mereka yang pertengahan umur paling kerap diserang.

Antara simptom atau gejala Bell’s Palsy termasuk:

Iklan
  • Sebelah muka menjadi herot berlaurtan dalam masa 72 jam
  • Air liur meleleh
  • Mata sukar menutup mata dan menjadi kering
  • Kehilangan keupayaan untuk merasa pada lidah
  • Sakit di dalam atau di belakang telinga
  • Kebas pada bahagian muka yang terjejas
  • Menjadi sensitif terhadap bunyi-bunyi kuat pada sebelah yang lumpuh

Kebanyakan pesakit Bell’s Palsy akan sembuh dalam masa tiga minggu tetapi ada yang berlarutan selama enam bulan untuk mendapatkan sepenuhnya kembali.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda, usah lakukan diagnosis sendiri, dapatkan rawatan perubatan segera.

Baca juga: Justin Bieber mungkin perlu tunggu 6 bulan pulih lumpuh muka, berisiko pekak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan