Tentera bawang bukti rakyat Malaysia mampu bersatu
SEKALI baca, maklum balas netizen di ruangan komen seorang ahli politik di Taiwan baru-baru ini agak menggelikan hati.
Bagaimanapun tidak hairanlah apabila rakyat Malaysia meluahkan kemarahan dan rasa geram di dinding Facebook jejaka berambut belah tengah bernama Li Zheng Hao tersebut.
Pendapatnya tentang Malaysia dalam menangani wabak Covid-19 yang tidak tepat dan salah beberapa hari lalu amat mengguriskan hati ramai dalam kalangan masyarakat kita.
Menariknya, 'serangan' balas rakyat Malaysia tanpa mengira kaum di ruangan komen Zheng Hao, hinggakan beliau berasa 'panas'.
Barangkali tidak tahan dengan kecaman balas lebih 60,000 komen balas yang diterima sehingga pagi tadi, lelaki itu akhirnya meminta maaf dengan rakyat Malaysia.
Nah, hebat bukan penangan apabila rakyat Malaysia semua bersatu tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.
Berikut antara ulasan Zheng Hao tentang keadaan Covid-19 di Malaysia semasa berkongsi dengan sebuah rancangan televisyen di Taiwan pada 24 Mac lalu.
Apa yang digambarkan olehnya seakan negara ini menangani wabak virus berkenaan dalam cara yang sangat teruk dan turut berkongsi berita fitnah. Antaranya:
1) Pihak polis didakwa ekstrem dalam mengendalikan rakyat. Zheng Hao berkongsi video latihan PDRM kononnya itulah cara dikenakan terhadap orang awam apabila tidak mengendahkan untuk mematuhi 'lockdown' yang sebetulnya hanya Perintah Kawalan Pergerakan.
2) Beliau juga memperlihatkan gambaran ratusan tong oksigen yang bersusun dalam sebuah hospital. Tujuannya mungkin hendak menggambarkan keadaannya di pusat rawatan di sini yang teruk. Sedangkan video itu berlaku di negara seberang.
3) Zheng Hao juga mencedok video tular yang menampakkan staf sebuah hospital di negara ini yang membuat baju perlindungan khas (PPE) menggunakan plastik sampah. Sedangkan ia bukankah hanya sementara.
4) Paling masyarakat kita marah apabila beliau mengaitkan pula dengan agama. Disebabkan mangsa katanya tidak boleh dibakar, jumlah mereka yang ramai hinggakan terpaksa ditanam hingga di tepi jalan. Alasannya sebab beliau tidak nampak batu nisan. Gila!
Akhirnya, Zheng Hao mengaku kesalahannya dengan rakyat Malaysia dan meminta maaf. Semuanya selepas 'tentera bawang' kita 'menyerangnya'.
Jangan main-main dengan 'Bawang Rangers Malaysia' apabila mereka sampai ke tahap bersatu. Rakyat luar negara pun boleh tabik hormat dan angkat topi dibuatnya!
Apa yang 'bawang'Sinar Plus pula nampak, rakyat Malaysia sememangnya mampu bersatu hati. Kita tinggal di bawah satu bumbung yang sama. 'Kita jaga kita' katanya...
Apa pun, kata-kata lazimnya menggambarkan siapa diri kita.
Kita sememangnya sayangkan negara. Tanpa politikus yang memporakperandakan kita, pastinya sifat sayangkan negara yang dipupuk mampu menyatupadukan kita!
Berikut antara komen rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang menunjukkan kita sayangkan negara apabila melancarkan serangan di Facebook Zheng Hao.
Awas 'anasir jahat' yang cuba mengusik Malaysia:
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang