'Terbaik YB', usaha bantu gelandangan dapat pujian warganet

A
A
A

HARI ini genap 22 hari rakyat Malaysia berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua orang tahu, tempoh yang panjang ini bukanlah satu waktu yang mudah bagi semua orang.

Malaysia telah melaksanakan PKP sejak daripada 18 Mac lalu sebagai usaha untuk menangani wabak Koronavirus Covid-19 dan orang ramai tidak dibenarkan untuk keliuar rumah tanpa sebab.

Tiada yang terkecuali dari mematuhi arahan tersebut termasuklah golongan gelandangan. Jadi, ke mana destinasi tujuan yang perlu dituju oleh golongan ini? Adakah nasib mereka terbela?

Justeru, antara usaha lain yang dilakukan kerajaan bagi membantu menjayakan PKP ketika ini adalah dengan menyediakan penempatan khas buat gelandangan di beberapa buah pusat komuniti agar bantuan kepada mereka lebih mudah untuk disalurkan selain keselamatan terjamin.

Bagi gelandangan di Kuala Lumpur, Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata terdapat 507 gelandangan ditempatkan di lima pusat komuniti dan dewan serbaguna DBKL iaitu di Sentul, Ampang, Setiawangsa, Alam Damai dan Kepong.

'Terbaik YB', usaha bantu gelandangan dapat pujian warganet

Oleh itu, dalam usaha untuk menambahbaik pusat penempatan buat para gelandangan, Annuar baru-baru ini telah mengumumkan satu berita baik apabila pusat komuniti yang menempatkan kelompok berkenaan kini telah dipasangkan ‘cubicles’ agar kehidupan setiap daripada mereka lebih privacy dan terjaga.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh beliau melalui satu tweet di laman Twitter miliknya.

Annuar juga berhasrat akan cuba untuk menyediakan selimut buat golongan tersebut.

Usaha murni yang dibuat terhadap para gelandangan itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terharu dengan bantuan dan keprihatinan yang diberikan terhadap golongan yang kurang bernasib baik itu.

'Terbaik YB', usaha bantu gelandangan dapat pujian warganet

Antara komen yang diterima di laman Twitter adalah seperti:

Zaidi Mohamad, “Terima Kasih YB..mereka pun ada hak juga. Gunakan tenaga mereka untuk bantu yang mana boleh”.

Sauffie, “Terbaik YB, yang mana baik untuk rakyat kita sokong”.

Sementara itu, Mo Leh pula berpendapat, “Terbaik YB. Mungkin perkara ini dapat diteruskan walaupun selepas PKP. Mungkin kerajaan boleh sediakan pekerjaan agar mereka dapat set-up hidup mereka kembali,” tulisnya.

Alhamdulillah, terima kasih di atas segala yang telah dilakukan oleh setiap individu dalam usaha untuk sama-sama menangani wabak Covid-19 ini.

Ingat, patuhi arahan dan anda semua perlu duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini. #juststayathome #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca