Tergamaknya ayah! Berat 55kg turun 29kg dalam 6 bulan, budak 8 tahun sanggup mati daripada didera
[DIKEMASKINI] TERGAMAKNYA wahai ayah!
Berat turun mendadak daripada 55 kilogram (kg) kepada 29kg dalam masa enam bulan, penderitaan kanak-kanak berusia lapan yang dipercayai didera menyentuh hati warga maya.
Paling menyayat hati, mangsa larikan daripada ibunya yang berada di Klang, Selangor. Dia juga disyaki diseksa hingga sukar untuk bergerak oleh bapa yang bekerja sebagai pemandu van kilang dan teman wanitanya.
Berikut kronologi kejadian yang menyentuh hati:
1-Kanak-kanak berkenaan tinggal bersama bapa kandung dan teman wanitanya masing-masing berusia 43 tahun bersama anak wanita itu yang berusia tiga tahun.
2-Ibu bapa kanak-kanak lelaki berkenaan sudah berpisah pada tahun 2021. Bapanya telah melarikannya ke Johor Bahru selepas bercerai.
3-Tembelang penderaan yang disyaki dilakukan si bapa dan teman wanitanya hanya terbongkar selepas seorang warga asing ke rumah mereka untuk menumpang barang basah di peti sejuk.
4-Pada masa itu warga asing itu ternampak mangsa dalam keadaan bogel, menggigil dan tidak bermaya dalam bilik air.
5-Merasakan seperti ada yang tidak kena, warga asing tersebut memaklumkan apa yang dilihatnya kepada jiran sebelum jiran terbabit menghubungi Pertubuhan Kebajikan Komuniti Johor.
6- Jiran berkenaan atas saranan pertubuhan berkenaan dan Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan pasangan tersebut diberkas pada hari yang sama.
7-Pengerusi Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai, N Bathmarajan, berkata, semasa menerima aduan, pihaknya pergi ke rumah kanak-kanak berkenaan untuk melihat keadaannya tetapi gagal sebelum menghubungi polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
8- Siasatan pihak polis mendapati terdapat kesan lebam dan terbakar termasuk parut lama pada tubuh mangsa.
9-Semasa diselamatkan dalam keadaan bogel, terdapat kesan luka serta tapak kakinya cedera hingga sukar bergerak.
10-Kanak-kanak berkenaan dipercayai telah didera lebih enam bulan. Si kecil itu memberitahu ibu kandungnya selepas diselamatkan, dia rela mati kerana tidak sanggup lagi didera.
11-Kanak-kanak itu mendakwa sering dikurung kerana selalu keluar rumah dan nakal.
12-Jiran-jiran juga mengakui sebelum mangsa diselamatkan mereka kerap mendengar mangsa menjerit.
13-Kanak-kanak itu juga dibiarkan tidak bersekolah.
14-Apabila ditahan polis, bapa dan kekasihnya saling tuduh-menuduh.
15- Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Bapa mangsa dan teman wanita direman bagi membantu siasatan.
16-ibu kandung, M Ana, 34, menceritakan anak lelakinya yang menjadi mangsa dera suaminya terpaksa minum air dalam tandas dan dibiarkan kelaparan setiap kali dikurung berjam-jam dalam tandas.
17-Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Navin hanya bersua dengan ibu Sabtu lalu selepas dipertemukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
18-Hati ibu berkenaan luluh dan terkilan melihat keadaan Navin dan hampir tidak mengenalinya kerana keadaan fizikal tidak sama seperti sebelum ini.
19-Cerita M. Ana, ketika Navin tinggal bersamanya berat badannya kanak-kanak itu melebihi 60kg. Tidak hanya itu, Navin juga disifatkannya seorang yang ceria dan peramah.
20-Semasa bertemu, anaknya itu menceritakan kerap meminum air tandas ketika kelaparan dan kadang-kala hanya menjamah sisa makanan di rumah mereka.
21-Kanak-kanak itu juga menyatakan terpaksa menahan kesakitan apabila sengaja dipukul serta dicucuh api oleh teman wanita bekas suaminya dan tiada tempat untuk mengadu nasib.
"Saya tidak melihat perbuatan mereka, namun siapa saja pelaku, saya tidak akan memaafkan mereka dan berharap dibawa ke muka pengadilan. Saya tidak dapat membayangkan nasib Navin sekiranya dia tidak diselamatkan polis, mungkin kami kehilangannya."
22-Difahamkan, Ana pernah membuat laporan sebanyak tujuh kali termasuk di Banting, Selangor kerana bekas suami tidak membenarkan beliau bertemu Navin sejak lebih setahun lalu.
23-Navin menyatakan mahu pulang ke rumah bersamanya.
24-Ibu berkenaan yang turut mempunyai dua anak lain berusia 13 dan 15 tahun hasil perkahwinan terdahulu bersyukur Navin diselamatkan.
25-Ana yang merupakan peniaga nasi lemak dan tinggal di Kuala Selangor, Selangor berterima kasih kepada NGO yang bertanggungjawab menyelamatkan Navin, pihak polis serta komuniti setempat.
Kanak-kanak ialah seseorang yang berumur bawah 18 tahun (Seksyen 2 (1) Akta Kanak-Kanak 2001).
Ingatlah bahawa kanak-kanak juga mempunyai hak untuk hidup yang termaktub di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau (CRC) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1995.
Justeru, bagi anda yang mengesyaki berlaku jenayah penderaan seperti penganiayaan, pengabaian atau pendedahan terhadap kanak-kanak jangan berlengah untuk melaporkannya mengikut langkah berikut:
a)Lapor kepada pihak polis secepat mungkin.
b)Mendapatkan perintah perlindungan terhadap mangsa.
c)Memfailkan aduan di mahkamah atau JKM.
d)Mendapatkan sesi kaunseling.
Siapa yang boleh membuat laporan polis?
i-Mangsa sendiri
ii-Keluarga/ penjaga
iii-Rakan-rakan
iv-Majikan
v-Mana-mana pihak yang melihat atau menyaksikan insiden tersebut.
Apa yang perlu disertakan dalam laporan polis?
a)Tarikh
b)Masa
c)Pelaku
d)Apa yang berlaku
d)Kecederaan
f)Mangsa
g)Tempat kejadian
Anda boleh melaporkan jenayah terhadap kanak-kanak di mana-mana balai polis, pondok polis, menelefon balai polis atau talian kecemasan 999.
Sumber: Sinar Harian, Buku Panduan Mencegah Jenayah Seksual, Penderaan Kanak-Kanak & Keganasan Rumah Tangga PDRM
Baca juga: Didera sampai mati! Kisah tragis Arabella buka mata pihak berkuasa. Ini kronologi kes
Kredit foto utama: Pixabay
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang