“Terima kasih semua doktor dan nurse di KKM” - Ustaz Ebit Lew

“Terima kasih semua doktor dan nurse di KKM” - Ustaz Ebit Lew
“Terima kasih semua doktor dan nurse di KKM” - Ustaz Ebit Lew
A
A
A

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew menyatakan rasa terima kasih di atas  pengorbanan semua doktor dan jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus lumus membantu kesemua pesakit Covid-19.

“Terima kasih semua doktor dan jururawat di KKM yang berkorban berjuang berjihad di sebalik semua ini. ALLAH selamatkan keluarga pejuang kita semuanya. Selamat semuanya insyaALLAH. Hanya syurga dan reda ALLAH buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.

“Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat KKM dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat ALLAH sahaja boleh selamatkan kita,” tulisnya.

Ebit menyatakan di laman Instagramnya @ebitlew.

Terdahulu, Ebit juga menyatakan rasa sayunya selepas dapat berhubung dengan isteri arwah Muhammad Yusof Haron, 34, yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

“Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron, 34, tmati syahid asbab Corona Virus. Beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini.

“Sebak tengok isterinya dan lima anak mereka positif Covid-19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam atau sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin di tempat lain.

“Ya ALLAH tuhanku. Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7 bulan sampai 11tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di hospital JB rasa sebak. Anak-anak syuhada,” tulisnya lagi.

Ebit turut berkongsi bahawa beliau telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham. JJka sesiapa mahu menyumbang sedikit,  ini no akaun isterinya;

Bank Islam

010 4102 7184 812

Nor Adilah bt Rani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca