MENERUSI perkongsian pengedar FGWalet Singapura, Abdul Rejab memberitahu yang dia mengambil masa hampir 8 jam untuk memasuki ke negara jiran berkenaan.

ABDUL Rejab

Katanya, beliau sememangnya kerap ke Singapura kira-kira dua hingga tiga kali dalam satu minggu dan telah berulang-alik selama hampir 12 tahun.

“Biasanya masa yang diambil untuk ke sana dari Johor Bahru lebih kurang satu setengah jam sahaja tetapi pada 17 Mac lalu, ia mengambil masa hampir 8 jam iaitu pada jam 1 petang hingga 8.30 malam untuk masuk ke Singapura.

“Oleh kerana permintaan yang tinggi di sana, kami meneruskan perjalanan untuk memastikan pelanggan mendapat cukup bekalan sepanjang tempoh 14 hari perintah pergerakan kawalan di Malaysia.

“Sampai sahaja di Singapura, kami bergegas menghantar pesanan seperti yang diminta. Risau juga kalau tak sempat pulang ke Malaysia nanti.

KESESAKAN lalu lintas yang berlaku menyebabkan hampir 8 jam untuk tiba ke sana. FOTO: Abdul Rejab

“Alhamdulillah, semua pesanan selamat sampai kepada pelanggan kami dan kami juga selamat tiba di Johor Bahru pada jam 11.40 malam,” kata kongsinya.

Iklan

Apabila tiba di Johor Bahru, jalan laluan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) ke Singapura masih lagi sesak hampir sejauh 10 kilometer.

Iklan

“Hari berkenaan menjadi hari yang cukup bersejarah dalam hidup saya akibat perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan Malaysia,” kongsi Abdul Rejab.

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.