Terpaksa guna jalan terakhir, jual bas dan van kepada peniaga besi buruk demi kelangsungan hidup

Pengusaha bas sekolah kini jadi pemandu lori, terkesan akibat Covid-19
Pengusaha bas sekolah kini jadi pemandu lori, terkesan akibat Covid-19
A
A
A

SUSULAN arahan penutupan sekolah di seluruh negara yang diputuskan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan buat kali kedua sejak penutupan kali pertama pada pertengahan Mac, ianya dilihat banyak memberi kesan kepada banyak pihak terutama dari pihak sekolah sendiri.

Kesan daripada tindakan itu bukan sahaja dirasai pihak pengurusan dan pelajar malah turut memberi tamparan amat hebat buat pengusaha bas dan van sekolah yang hilang punca pendapatan harian mereka.

Buktinya, seramai 214 pengusaha bas dan van sekolah di Kelantan kini dilaporkan terpaksa gulung tikar akibat hilang punca pendapatan sejak Mac tahun lepas susulan penutupan sekolah akibat penularan Covid-19.

Memetik laporan portal media tempatan, Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata, rata-rata pengusaha bas dan van sekolah amat terdesak, sehingga ada yang terpaksa menjual bas dan van mereka kerana tiada lagi pendapatan.

Selamatkah anak-anak menaiki bas sekolah ketika musim Covid-19?

Beliau berkata akibat terdesak juga ada dalam kalangan mereka menjual kenderaan berkenaan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, selain menjual kepada peniaga besi buruk dengan harga RM5,000 hingga RM7,000 demi meneruskan kehidupan selain tidak mampu menampung kos operasi.

“Ramai yang tertekan kerana sejak bulan Mac tahun lepas lagi kami tiada punca pendapatan, malah pihak persatuan juga tidak mampu untuk membantu para ahli... Ada yang terpaksa menjual bas dengan harga lebih rendah daripada pasaran kerana tidak mampu menampung kos operasi,” katanya.

Mengulas lanjut Wan Mohd Nuhairi berkata, pengusaha bas sekolah amat berharap kerajaan dapat membantu mereka, khususnya dari segi memudahkan pinjaman bank.

“Kami memohon pihak yang berkaitan termasuk kerajaan dan kerajaan negeri tampil membantu menyalurkan bantuan kepada pihak persatuan untuk meneruskan kehidupan dan memberi sinar baharu kepada golongan kami seperti bantuan pinjaman melalui bank untuk modal pusingan dan sebagainya.

“Sebelum ini ramai ahli terpaksa membuat pinjaman melalui syarikat kredit kerana bank enggan memberi pinjaman bagi pembelian bas sekolah, malah keadaan itu sekali gus menyebabkan pengusaha bas terpaksa menanggung kadar faedah yang tinggi," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca