Tiada tindakan tatatertib diambil, hanya dipanggil beri penjelasan - Jururawat viral

FAIZUL HAKIMI ZULKIFLI H: Tiada tindakan tatatertib diambil, hanya dipanggil beri penjelasan - Jururawat viral PELBAGAI kejadian yang berlaku ekoran dari wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda dunia kini. Wabak tersebut dilihat semakin membimbangkan ramai pihak apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut tergolong sebagai pandemik. Malahan sehingga kini masih belum ada lagi vaksin khas yang sesuai bagi merawat jangkitan wabak berkenaan. Apa yang boleh dibuat oleh orang ramai adalah melakukan kaedah mencegah dengan melakukan apa saja perkara yang mampu menyebabkan wabak tersebut tidak mampu untuk merebak. Oleh yang demikian, baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang jururawat berpakaian seragam yang cuba memberi pendidikan kesihatan pembasuhan tangan dengan betul menggunakan hand sanitizer melalui media sosial. Malangnya, jururawat tular tersebut dipanggil oleh pihak atasan susulan kejadian tersebut. Ekoran kejadian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk Delegasi Jururawat Malaysia yang mempersoalkan tindakan pihak atasan. Menurut delegasi tersebut, keadaan tersebut disifatkan mengecewakan kerana tugas hakiki seorang jururawat tidak hanya terikat dengan wad dan klinik semata-mata. Adakah beliau cuba mempromosikan produk atau mengiklankan dirinya untuk kepentingan diri? Adakah beliau menunjukkan kaedah yang salah dalam menyebarkan pendidikan kesihatan yang berguna kepada masyarakat memandangkan penularan wabak Covid-19? Itu lah persoalan yang berada di minda orang ramai termasuk Delegasi Jururawat Malaysia itu sendiri sehingga mendapat ribuan komen dari warganet melalui post tersebut. Delegasi Jururawat Malaysia juga menegaskan bahawa seorang jururawat yang berfikiran kritis akan cuba ambil peluang untuk mendidik masyarakat tentang maklumat kesihatan yang betul setiap kali diberi kesempatan. Jururawat seharusnya sentiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu sebagaimana disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead: Nursing the World to Health. Jika pihak atasan yang cuba mengekang jasa dan usaha baik jururawat menyebarkan ilmu melalui media sosial adalah kami kira sebagai jahil, cetek dan tidak memahami akan apa itu kejururawatan, semangat dan nilai kejururawatan sebenar. Namun, jururawat tular yang dikenali sebagai Nur Hidayah Abj di laman Facebook miliknya turut memberikan komen bahawa dia dipanggil oleh pihak atasan hanya untuk memberikan penjelasan berkenaan apa yang berlaku. Tiada tindakan tatatertib dikenakan dan Hidayah juga menganggap kes itu selesai dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan keprihatinannya terhadap banyak pihak. So, rakyat Malaysia anda kini boleh bertenang. Jangan cepat sangat jadi hakim!

A
A
A

BARU_BARU ini tular di media sosial tentang seorang jururawat berpakaian seragam menunjukkan cara menggunakan hand sanitizer yang betul melalui media sosial.

Difahamkan, jururawat tersebut telah dipanggil oleh pihak atasan susulan videonya itu menjadi tular di alam maya.

Perkara tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk Delegasi Jururawat Malaysia yang mempersoalkan tindakan pihak atasan.

Seperti yang dipetik melalui Facebook delegasi itu, keadaan tersebut disifatkan mengecewakan kerana tugas hakiki seorang jururawat tidak hanya terikat dengan wad dan klinik semata-mata.

Delegasi Jururawat Malaysia juga menegaskan bahawa seorang jururawat yang berfikiran kritis akan cuba ambil peluang untuk mendidik masyarakat tentang maklumat kesihatan yang betul setiap kali diberi kesempatan.

Jururawat seharusnya sentiasa mendidik masyarakat tidak kira masa, tempat atau individu sebagaimana disarankan International Council of Nurses sempena Hari Jururawat 2020, A Voice To Lead: Nursing the World to Health.

Bagaimanapun, jururawat tular yang dikenali sebagai Nur Hidayah Abj telah memberikan komen di laman Facebook bahawa dia dipanggil oleh pihak atasan hanya untuk memberikan penjelasan berkenaan apa yang berlaku.

Tiada tindakan tatatertib dikenakan dan Hidayah juga menganggap kes itu selesai dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan keprihatinannya terhadap banyak pihak.

So, rakyat Malaysia anda kini boleh bertenang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca