TikTok kekal haram di Amerika Syarikat, Donald Trump tetap berkeras kecuali

TikTok kekal haram di Amerika Syarikat, Donald Trump tetap berkeras! Kecuali..
TikTok kekal haram di Amerika Syarikat, Donald Trump tetap berkeras! Kecuali..
A
A
A

SEPERTI yang dilaporkan media pada awal bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengeluarkan arahan eksekutif bagi mengharamkan aplikasi TikTok beroperasi di negara tersebut .

Menimbulkan lagi keresahan terhadap pengguna aplikasi popular itu, terbaru Trump tetap berdegil untuk mengharamkan aplikasi itu bermula 15 September dan proses tersebut akan mengambil masa 45 hari.

Trump menetapkan tarikh tersebut sebagai tarikh akhir aplikasi TikTok untuk dijual kepada syarikat AS atau beliau akan menutupnya.

Tindakan tersebut juga memberikan tekanan hebat kepada pemilik aplikasi ByteDance yang beroperasi di Beijing, China untuk menjual aplikasi tersebut kepada China.

Perintah yang dikeluarkan oleh presiden Amerika Syarikat ke-45 itu dilihat sebagai satu Langkah untuk membina rangkaian bersih susulan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi yang diperolehi syarikat pengeluar aplikasi tersebut.

Memetik laporan media portal tempatan, Trump berkata, ia merupakan satu perjanjian yang akan dibuat kerana aplikasi tersebut merupakan satu aset.

“Bagaimanapun, ia bukan satu aset yang besar di AS melainkan mereka mendapat persetujuan dari AS.

“Oleh itu, ia akan ditutup pada 15 September, melainkan Microsoft atau syarikat lain dapat membelinya dan membuat perjanjian yang sesuai,” kata Trump.

Sebagai info, setakat Ogos 2020, TikTok memiliki lebih kurang 80 juta penguna aktif di negara ini.

Selain aplikasi TikTok, Trump juga mengharamkan satu lagi aplikasi komunikasi sosial dari China iaitu WeChat yang turut menerima nasib yang sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca