MESTI ramai yang ingin bercucuk tanam tetapi ruang rumah sangat terhad. Terutama bagi mereka yang tinggal di apartment.

Namun jangan bimbang kerana walaupun ruangan terhad, kita masih boleh lagi bercucuk tanam.

1.Tanam bawang putih

Untuk anda yang suka bercucuk tanam, boleh mula menanam bawang putih. Mudah sahaja caranya.

Tinggal di apartment pun masih boleh bercucuk tanam

Bahan yang diperlukan hanyalah bawang putih yang masih ada kepalanya (bahagian keras yang seperti akar), bekas besar, tanah pasu (potting soil) dan air.

Cara menanamnya:

1.Asingkan bawang putih satu persatu tetapi jangan potong bahagian kepala dan jangan kupas kulitnya.
2.Penuhkan tanah ke dalam bekas tadi dan letakkan bawang putih dengan jarak bersebelahan 6 inci dan kedalamannya pula 3 inci setiap satu ulas bawang.
3.Kemudian, letakkan bekas tadi ke tempat yang mendapat cahaya matahari yang banyak.
4.Siram air ke dalam bekas itu sekurangnya tiga kali seminggu selama dua minggu. Jangan siram lerlalu banyak air. Anda boleh rasa keadaan tanah itu, jangan biarkan ia kering. Tanah perlu sentiasa dalam keadaan lembab.

2.Daun bawang

Tanaman yang seterusnya ini adalah daun bawang. Apa yang anda perlukan sama seperti tanam bawang putih tadi iaitu tanah pasu (potting soil), bekas besar, air dan pastinya daun bawang.

Tinggal di apartment pun masih boleh bercucuk tanam

Caranya menanamnya:

1.Isikan bekas dengan tanah pasu.
2.Tanamkan daun bawang yang sedia ada. Pastikan bersama akarnya sekali.
3.Selepas itu, siram dengan air dan letak di tempat yang bercahaya matahari.

Iklan

4.Cili padi

Bagi anda yang sukakan rasa pedas dalam masakan, anda wajib tanam cili padi di rumah. Mudah sahaja. Bahan yang diperlukan adalah benih cili padi, beg plastik, sapu tangan, bekas dan tanah pasu (potting soil).

Tinggal di apartment pun masih boleh bercucuk tanam

Iklan

Cara menanamnya:

1.Letakkan benih cili padi pada sapu tangan dan letakkan ia ke dalam beg plastik.
2.Kemudian, masukkan sedikit air ke dalam beg plastik. Cukup sekadar air membasahi sapu tangan.
3.Setelah itu, biarkan ia di dapur (kawasan tiada cahaya matahari) selama beberapa hari sehingga benih itu bercambah.
4.Apabila benih sudah bercambah, tukarkan ia ke dalam bekas yang telah disediakan dengan tanah pasu dan siram dengan air.

Inilah antara tumbuhan yang anda boleh tanam dan bermanfaat untuk kehidupan seharian. Pelbagai tumbuhan anda boleh tanam walaupun duduk di rumah apartment. Apa yang penting adalah tanaman anda itu mempunyai cukup cahaya matahari dan air. Jadi, selamat mencuba!

Penulis : SUHAILA ALI