KAIN pengelap atau lebih mesra dipanggil ‘kain buruk’ adalah benda yang wajib ada di setiap dapur. Kain buruk memiliki fungsi penting bagi memastikan kebersihan kawasan dapur. Mana tidaknya selesai sahaja memasak kita pasti akan mencari kain pengelap untuk membersihkan kawasan yang kotor akibat percikan minyak dan sebagainya.

Kain pengelap yang terlalu kotor agak sukar dibersihkan dengan menggunakan sabun biasa. Malah, ramai suri rumah yang menggunakan peluntur untuk menanggalkan kotoran degil ini.

Berkesan tapi kain pengelap akan menjadi mudah reput, koyak dan luntur warnanya. Tapi ada cara lain yang boleh dicuba. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.

Jom kita cuba petua ni.

Bahan-bahan:

– Air panas
– 1/2 cawan soda bikarbonat
– Sedikit cuka

Cara-caranya:

1) Masukkan soda bikarbonat ke dalam semangkuk air panas.

2) Tambahkan satu sudu cuka, kemudian kacau sebati.

3) Ambil kain buruk yang kotor dan masukkan ke dalam mangkuk tersebut.

Iklan

4) Pastikan kain terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu.

5) Biarkan kain direndam semalaman.

6) Bilas kain dengan air bersih. Jemur hingga kering.

Iklan

7 )Hasilnya kain anda lebih bersih dan tidak busuk.

Mudah kan? Hasilnya pasti mengagumkan. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: EPICURIOUS, CANVA