“Alamak, berlubang tudung aku! Macam mana nak bersihkan kesan dekat seterika ni?”

Sesetengah seterika yang ada kesan kehitaman atau hangus sememangnya berpotensi untuk merosakkan pakaian. Kadang-kala jika kita gagal mengawal suhu seterika, pakaian atau tudung kesayanganlah yang akan menjadi mangsa!

Anda pasti buntu untuk memikirkan cara bagi menanggalkan kesan hitam akibat terbakar tadi.

Walaupun rupanya sudah tidak seperti dulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Namun tetap merasa rimas melihat kesan hitamnya? Ini tips cara menanggalkan kesan hitam tersebut dengan mudah!

1. LILIN

Tip hilangkan kesan hangus pada seterika.

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk atau kain yang tak digunakan lagi. Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.

2. UBAT GIGI

Tip hilangkan kesan hangus pada seterika.

Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang ada kesan terbakar adalah dengan menggunakan ubat gigi. Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan hangus itu. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.

3. GARAM

Tip hilangkan kesan hangus pada seterika.

Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang hangus adalah dengan menggunakan garam. Mudah sahaja caranya. Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum. Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus.

4. MAGIC SPONGE

Iklan

Tip hilangkan kesan hangus pada seterika.

Kalau anda pernah menggunakan span ini untuk memutihkan kasut, pasti anda tahu betapa bagusnya span ini. Ia memang berguna sebab boleh bersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah kesan hangus pada seterika. Cara bersihkan seterika guna span ini mudah sahaja. Basahkan dulu span, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi. Kadang-kadang memang ambil masa sedikit, tapi hasilnya sangat memuaskan.

5. SODA BIKARBONAT

Tip hilangkan kesan hangus pada seterika.

Iklan

Soda bikarbonat juga boleh digunakan, ia bukan sahaja boleh gunakan untuk buat kek. Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan. Campurkan sedikit air pada serbuk soda bikarbonat sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindakbalas. Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.

Mudah saja kan? Cuma anda perlulah berhati-hati terutamanya ketika menggunakan teknik yang melibatkan seterika yang panas. Jangan sampai boleh mencederakan diri sendiri pula. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

FOTO: UNSPLASH, CANVA

PENULIS: NURUL ADRIANA