SALAH satu menu yang biasanya selalu ada selama bulan puasa adalah kurma. Buah kurma kaya dengan khasiat dan mempunyai banyak manfaat pada kesihatan.

Jangan tahu beli je, setiap kurma mempunyai tekstur yang berbeza-beza.

Sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih dan menyimpan kurma yang berkualiti dan boleh tahan lama.

1. Perhatikan tekstur

Buah kurma yang masih segar memiliki tekstur yang kenyal walaupun kulitnya sudah berkerut. Selain itu, kurma yang masih berkualiti akan kelihatan padat dengan permukaan kulit yang sedikit berkilat.

2. Aroma kurma

Sekiranya anda ingin membeli kurma, anda mesti memeriksa aroma buah kurma terlebih dahulu. Kurma yang sudah agak lama dan tidak berkualiti akan mempunyai aroma masam yang cukup tajam.

3. Simpan dalam bekas kedap udara

Sekiranya disimpan dengan betul, kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan. Sekiranya anda merancang untuk memakannya pada bulan puasa, maka anda harus menyimpan kurma di dalam bekas kedap udara. Namun, untuk lebih selamat simpan sahaja dalam peti sejuk. Pastikan tunggu dalam beberapa saat sebelum memakannya.

Iklan

4. Simpan dalam peti sejuk

Cara seterusnya untuk menyimpan kurma agar lebih tahan lama adalah dengan membekukannya di dalam peti sejuk. Walaupun beku, rasa dan teksturnya tidak akan berubah.

Selain itu, jika anda ingin memakan kurma yang telah dibekukan, anda boleh merendamnya di dalam air suam sehingga lembut kembali.

Iklan

Berikut adalah tips memilih kurma serta cara menyimpannya agar lebih tahan lama. Selain melengkapi menu di bulan puasa, kurma juga memiliki banyak manfaat untuk tubuh badan anda.

Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH