Tip memilih warna cat rumah

No Image Caption
A
A
A

PEMILIHAN warna cat rumah sangat penting kerana ia akan memberi mood kepada penghuni untuk berasa ceria dan selesa sepanjang duduk di rumah.

Banyak kriteria warna yang boleh dipilih. Jika dilihat pada trend terkini, kebanyakan antara kita lebih cenderung untuk memilih warna-warna pastel kerana ingin menampakkan impak moden dan elegan.

Ini antara pilihan warna dan kesannya pada rumah anda.

1. Kombinasi warna biru terang dan putih

Sering kali kita lihat warna biru dicat pada ruang bilik anak lelaki. Namun, campuran warna putih dan biru terang juga boleh menghiasi interior dan eksterior rumah. Campuran biru dan putih akan memberi kesan tenang dan lembut seolah-olah memberi suasana nyaman di pantai.

2. Kombinasi putih dan hijau terang

Dua kombinasi ini akan memberi warna hijau muda. Kegunaan kombinasi dua warna ini juga akan memberi anda rasa ketenangan. Warna hijau sering mendorong dan menunjukkan seseorang itu merupakan pecinta alam.

3. Kombinasi putih dan merah terang

Dua kombinasi ini jika diaplikasikan akan memberi kesan cerdas pada ruang rumah anda. Meskipun, merah terang seringkali digunakan untuk mewarnai bilik tidur anak perempuan namun kombinasi ini boleh digunakan sebagai warna interior kerana ia akan memberi kesan elegan pada rumah.

4. Kombinasi putih dan coklat

Kombinasi dua warna ini akan memberi ruang rumah anda kelihatan elegan dan klasik. Selain memberi kesan ketenangan warna ini juga memberi kesan natural seperti warna-warna kayu dan alam.

Berikut antara kombinasi warna-warna pastel yang boleh digunakan untuk mewarnai ruang rumah anda agar kelihatan moden dan elegan.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Polarumah dan unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca