Tip pilih epal rangup dan manis. Pilih elok-elok baru sedap makan!

tip epal
tip epal
A
A
A

EPAL kaya dengan khasiat dan vitamin dan jika dimakan secara rutin harian dan teratur ia mampu menghindari pelbagai penyakit seperti serangan jantung, stroke dan kanser. Epal ada banyak jenis iaitu ada yang rangup ada yang gebu, ada yang masam dan ada yang manis.

Untuk pastikan kita dapat epal yang ranggup dan manis, boleh ikut tip ini.

1. Ketuk epal

Ketuk epal dengan jari jika berbunyi nyaring ia menandakan rangup dan banyak air. Pilih epal yang teksturnya keras dan tekan secara lembut pada permukaan epal itu. Sekiranya epal terasa lembut bila ditekan bermaksud epal tersebut tidak rangup.

2. Perhatikan kulit

Pastikan kulit epal bersih tanpa bintik-bintik hitam. Pilih epal yang berwarna cerah dan bertekstur baik.

3. Perhatikan ukuran

Ukuran epal menentukan matang atau tidaknya epal. Semakin besar epal semakin matang isinya.

4. Hindarkan epal berbintik-bintik

Jika epal ada bintik-bintik di bahagian kulitnya bererti epal tidak lagi rangup, pastikan epal yang anda pilih terasa keras bila ditekan dengan jari.

 Epal yang matang akan mengeluarkan aroma khas yang sangat harum. Jadi boleh juga memilih epal dengan menghidunya.

6. Bersih betul-betul

Sebelum anda makan epal, pastikan ia dibersihkan dengan cara yang betul supaya bebas daripada racun serangga dan bakteria. Kata orang, buah epal yang di import ini biasanya kulit luarnya telah disalut dengan sejenis lilin untuk tahan lama dan mencegah daripada cepat busuk. Jadi, rendam dan bersihkan dulu ye sebelum makan!

7. Lepas dihiris rendam dalam air garam

Untuk mengelakkan cepat lembam setelah dipotong, hirisan epal boleh direndam dalam air garam untuk mengelakkan cepat perang dan mengekalkan rasa rangupnya.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca