PISANG merupakan antara buah yang banyak khasiatnya dan mudah didapatkan. Tapi, pisang akan jadi terlalu masak jika disimpan untuk beberapa hari, kadang akan jadi lebam kehitaman dan isinya akan mula membusuk walaupun baru tiga hari letak di luar.

Oleh itu, ini adalah tip yang untuk elak pisang masak dengan terlalu cepat mahupun busuk.

1. Gunakan larutan cuka

pisang

Untuk elakkan pisang jadi hitam/lebam bila masak ranum, anda boleh basuh, siramkan, jirus dengan air yang dicampurkan cuka makan. Guna 1 sudu makan cuka untuk 1L-1.5L air. Larutan cuka ni boleh hapuskan serangga-serangga kecil dan perosak yang merupakan salah satu penyebab pisang cepat rosak. Sekiranya anda rasa langkah ini agak leceh, anda boleh teruskan dengan langkah kedua.

2. Sapukan garam

pisang

Sapukan sedikit garam pada tangkai pisang. Garam bukan sahaja boleh lambatkan proses pisang masak, tapi dalam masa yang sama boleh elakkan pisang jadi lembik akibat kandungan air yang tinggi dalam pisang.

Ratakan garam pada pangkalnya. Basahkan dengan air sikit supaya garam sekata. Tapi jangan letak banyak sangat lak garam tu nanti hujung buah pisang rasa masin.

3. Balut tangkai pisang

Iklan

pisang

Satu lagi cara tak nak pisang masak terlalu cepat dengan cara balut tangkainya untuk elak daripada kena udara yang akan mana akan hasilkan lebih banyak gas etilen.

Simpan pisang di tempat yang tidak terlalu panas.

Iklan

Elakkan pisang anda beli terkena cahaya matahari atau lampu secara langsung ke pisang.

Mudahkan? Anda boleh amalkan tips ini!

Sumber: Fb yatiemira/Unsplash
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif