TNB tawar diskaun bil hingga 40 peratus. Pengguna layak tak perlu mohon, potongan automatik

TNB tawar diskaun bil hingga 40 peratus. Pengguna layak tak perlu mohon, potongan automatik
TNB tawar diskaun bil hingga 40 peratus. Pengguna layak tak perlu mohon, potongan automatik
A
A
A

BERITA gembira buat lebih tujuh juta pengguna elektrik di seluruh negara, korang bakal menikmati diskaun bil antara lima hingga 40 peratus bagi penggunaan antara Julai hingga September ini.

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) telah memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah.

Perkara tersebut diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) baru-baru ini.

Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

Pengguna kediaman (domestik) di Semenanjung layak menerima diskaun secara automatik berdasarkan jumlah penggunaan bulanan seperti di bawah:

Ini jumlah penggunaan sebulan bagi pengguna kediaman (domestik) dan kadar diskaun.

  • 1 hingga 200 kWj atau hingga RM43.60 - 40 peratus.
  • 201 hingga 300kWj atau RM43.93 sehingga RM77 - 15 peratus
  • 301 hingga 600kWj atau RM77.52 sehingga RM231.80 - 10 peratus
  • Antara 601-900kWj atau RM232.35 hingga RM395.60 - 5 peratus

Contoh:

Sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM77, pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus ke atas bil.

Diskaun pakej Pemulih tersebut akan tertera dalam bil elektrik mulai 15 Julai 2021 dan seterusnya.

Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 hingga 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan dalam bil bulan Ogos 2021.

Alhamdulilah, TNB bagi diskaun bil elektrik sehingga Disember

Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021.

Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.

Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya dalam bil bulan Ogos dan September 2021.

Ini tidak memerlukan permohonan. Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan kerana diskaun akan diberikan secara automatik bagi semua pengguna yang layak.

Bagaimanapun, pengguna (domestik) dengan bil bulanan sekitar RM400 tidak layak menerima diskaun di bawah pakej PEMULIH.

Baca juga Tidak sampai 24 jam tiba di Malaysia, Ebit Lew kongsi 15 lokasi pemberian sumbangan

Ini disebabkan penggunaan telah melebihi had maksimum diskaun PEMULIH iaitu 900kWj atau RM395.60 sebulan.

Namun begitu, pengguna masih dapat menikmati rebat ICPT pada kadar RM0.02 per kWJ bagi penggunaan elektrik dari tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021 dengan anggaran penjimatan bil sebanyak empat hingga lima peratus.

Untuk maklumat lanjut layari: https://www.tnb.com.my/mco/pemulih/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca