HUJUNG minggu ini tentu ramai akan menempuh perjalanan jauh di lebuh raya menuju ke kampung halaman atau destinasi pelancongan. Sempena sambutan Deepavali, tol percuma di plaza tol seluruh negara memang dinanti-nantikan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pemberian tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya sempena sambutan perayaan berkenaan pada Sabtu hingga Ahad (11 dan 12 November 2023).

Baca juga: Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh!

Kredit foto: Bernama

Baca juga: Elektrik punca kebakaran tertinggi, 6 perkara wajib buat sebelum tinggal rumah balik kampung

Berikut info anda perlu tahu:

1-Pelaksanaan pemberian tol percuma itu bermula pada 11 November 2023 (Sabtu) jam 12.01 tengah malam.

2-Ia berlangsung sehingga 12 November 2023 (Ahad) jam 11.59 malam.

3-Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol di negara ini kecuali tol dekat sempadan negara.

4-Plaza tol dekat sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskanadar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Diharapkan berita ini memudahkan perjalanan anda menuju ke destinasi masing-masing.

Baca juga: “Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

PANDUAN KESELAMATAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

Polis Diraja Malaysia menyarankan tip keselamatan sebelum pulang ke kampung.

1. Maklumkan kepada balai polis terdekat mengenai maklumat diri iaitu alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.

2. Minta tolong jiran sebelah untuk tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda.

3. Pasang alat-alat tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.

4. Jangan tinggalkan sebarang nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.

Iklan

5. Henti penghantaran akhbar dalam tempoh ketiadaan anda di rumah.

6.Sentiasa pasang lampu pada waktu malam.

7.Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah.

8.Pastikan menutup gas regulator atau kepala tong gas dan dapur sebelum meninggalkan rumah. Seeloknya buka kepala tong gas dan jangan sesekali biar injap gas terbuka untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran dan kebakaran.

9.Bagi yang memandu jangan lupa pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan diselenggara.

Iklan

10.Pastikan anda periksa keadaan tayar, brek, penghawa dingin dan keseluruhan komponen kereta agar tidak berlaku perkara tak diingini dalam perjalanan.

Sumber: Astro Awani, Polis Diraja Malaysia 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!