Tolong duduk diam-diam di rumah! Ini sebabnya...

No Image Caption
A
A
A

SEMALAM, dua lokasi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kluang, Johor.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Kanan (Kluster Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Terbaharu, sehingga 26 Mac, kes positif Covid-19 telah merekodkan 2,031 kes dengan 23 kematian.

Masih berdegil lagi?

Berkuat kuasa mulai tengah malam tadi sehingga 9 April akan datang, penduduk di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid diperintahkan mengikut peraturan baru berkenaan.

Apakah yang berlaku sepanjang tempoh PKPD?

1. Semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kedua-kedua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD.

2. Bukan penduduk tempatan dan pelawat juga tidak dibenarkan masuk kedua-dua kawasan.

3. Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

4. Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

5. Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD.

6. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

7. Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia & Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengawal seluruh kawasan.

Kenapakah PKPD dilaksanakan di daerah ini?

Ia dilaksanakan kerana 61 daripada 83 kes positif Covid-19 dikesan di daerah berkenaan adalah dari kedua-dua lokasi itu.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Langkah ini juga membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari ini.

Oleh itu, tolong jangan keluar rumah, duduk di dalam rumah diam-diam.

Begitu juga di tempat lain. Sehingga kini hampir 11 daerah direkodkan sebagai zon merah antaranya Petaling Jaya, Seremban dan Gombak.

Perlukah PKPD dilaksanakan di semua lokasi zon merah tersebut?

Jangan degil, duduklah di rumah diam-diam.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca