KEKALUTAN orang ramai yang memberi respon untuk mula membuat perancangan pulang ke kampung selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan mencerminkan cara pemikiran yang pentingkan diri sendiri.

Terdapat beberapa perkara yang rakyat Malaysia tidak boleh lakukan dalam tempoh berkenaan termasuk balik kampung atau bercuti.

Sebarang bentuk perjalanan buat masa ini hanya akan meningkatkan lagi penyebaran virus dan mengakibatkan terjejasnya usaha kerajaan membendung wabak ini.

Tolong jangan balik kampung! Lakukan 5 aktiviti sihat ini di rumah

Lebih buruk lagi tindakan tersebut mampu menjadi asbab virus tersebut tersebar dan merebak kepada orang-orang tua di kampung.

Pusat Kawalan Penyakit (CDC) memaklumkan bahawa virus covid-19 boleh tersebar daripada satu individu kepada individu lain pada jarak hampir 6 kaki atau bersamaan 2m.

Penularan virus tersebut berlaku apabila titisan atau rembesan air liur melalui bersin atau batuk daripada individu yang dijangkiti tersebar.

Rembesan ini akan melekat pada bahagian mulut atau hidung individu berhampiran dan disedut masuk ke dalam paru-paru.

Oleh itu, tidak perlulah pulang ke kampung. Duduk sahajalah di dalam rumah.

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh anda lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Jadikan peluang ini sebagai ruang untuk anda berehat dan manfaatkan dengan melakukan aktiviti bersama keluarga walaupun hanya di dalam rumah.

Di sini Sinar Plus kongsikan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Yang bujang-bujang juga boleh lakukan bersama adik-adik atau rakan serumah.

1. Karaoke bersama anak-anak

Ya! Kenapa tidak? Tanpa perlu keluarkan duit dan belanja tambahan, anda boleh jadikan aktiviti berkaraoke lagu kanak-kanak, lagu rakyat, lagu tradisional bersama anak-anak dengan hanya duduk di rumah.

Tolong jangan balik kampung! Lakukan 5 aktiviti sihat ini di rumah

 

Tambahkan aktiviti menari dan berlakon gaya mengikut lagu. Anda boleh habiskan masa selama 30 minit berkaraoke. Aktiviti bersama anak dan keluarga ini akan menjadikan anda hilang tekanan secara tak langsung. Lagi seronok, jika anda merakam momen berharga ini untuk dijadikan kenang-kenangan.

2. Cuba resipi baru

Buat carian di Google dan kenal pasti secara rawak mana-mana resipi yang anda ingin cuba dengan apa bahan yang ada di rumah tanpa tidak perlu ke kedai lagi. Gunakan apa yang ada sahaja buat masa sekarang.

Tolong jangan balik kampung! Lakukan 5 aktiviti sihat ini di rumah

Iklan

Aktiviti bersama anak dan keluarga ini perlu dilakukan bersama-sama, setiap pemilihan resipi, bahan dan proses memasak perlu diberikan tugasan masing-masing.

3. Cuci kereta

Aktiviti membasuh kereta sememangnya aktiviti yang menyeronokkan kerana anak-anak yang suka bermain air dan buih sabun.

Tolong jangan balik kampung! Lakukan 5 aktiviti sihat ini di rumah

Aktiviti sebegini jauh lebih selamat daripada membawa anak-anak berkelah di tepi pantai atau air terjun yang terdedah kepada risiko bahaya.

4. Berkebun

Berkebun merupakanaktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan dan juga secara tidak langsung menenangkan minda.

Tolong jangan balik kampung! Lakukan 5 aktiviti sihat ini di rumah

Iklan

Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan anak, aktiviti itu juga mampu memupuk sifat ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak untuk mengenal nama tanaman dan juga kanak-kanak berpeluang belajar menggunakan peralatan berkebun.

Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap cintakan alam sekitar sejak usia awal lagi.

5. Kesenian dan kraftangan

Terdapat pelbagai aktiviti kraftangan dan kesenian yang boleh anda lakukan bersama keluarga.

Tolong jangan balik kampung! Lakukan 5 aktiviti sihat ini di rumah

Kanak-kanak memang suka membuat kraftangan seperti origami dan sebagainya kerana ia adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka jika dilakukan bersama ibu dan ayah. Biarkanlah mereka menerokai minda dan menjadi kreatif.

Selamat mencuba!