SEPERTI ramai sedia maklum, akibat pendemik Covid-19, orang ramai perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengamalkan penjarakan sosial manakala aktiviti sosial dalam skala yang besar masih tidak dibenarkan.

Hal tersebut termasuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan juga solat Jumaat seperti yang dilakukan oleh umat Islam di dunia.

Namun, seperti di Brunei, solat berjemaah di masjid kini dibenarkan tetapi perlu mengikut beberapa SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Memetik laporan portal akhbar tempatan, Brunei akan menggunakan topi keledar pintar bagi mengimbas suhu badan jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid.

Peralatan berteknologi tinggi yang baru diperoleh itu kini sudah digunakan di banyak negara lain. Ia akan dimanfaatkan untuk memudahkan usaha memantau jemaah yang memasuki masjid.

Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Maswadi Mohsin berkata, topi keledar berkenaan akan diguna menggantikan pengimbas sedia ada.

“Kaedah ini lebih cepat dan dapat mengurangkan kesesakan semasa memasuki masjid, sekali gus memastikan amalan penjarakan sosial di patuhi,” katanya.

Satu demonstrasi diadakan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah baru-baru ini mengenai keupayaan alat itu, dalam usaha meningkatkan keberkesanan membendung penularan Pandemik Covid-19.

Iklan

Alat canggih tersebut didakwa mampu mengawasi suhu badan manusia ketika mereka sedang bergerak.

Topi pengimbas tersebut kemudian dipaparkan skrin kecil di sebelah kanan topi keledar itu dan terus disambung pada skrin komputer riba.

Fungsi dan larasan topi keledar terbabit juga boleh diakses menggunakan jam pintar khusus yang disediakan. Senarai masjid yang menggunakan teknologi terkini itu akan berubah setiap minggu.

Iklan

Canggih bukan? Syabas Brunei!