Tradisi sambutan detik 12 malam norma baharu, IPC anjur pesta beli-belah secara langsung paling lama di Malaysia

A
A
A

BERTEKAD untuk meneruskan tradisi kiraan detik malam tahun baharu yang diadakan saban tahun, pusat beli belah yang bertapak Mutiara Damansara, IPC Shopping Centre akan menganjurkan sambutan acara 'IPC Live Shopping Fiesta' (Pesta Beli-Belah Secara Langsung IPC).

IPC akan mengubah ruang acara kepada aktiviti beli-belah menerusi penstriman langsung terus-menerus selama 12 jam, yang membawakan tawaran eksklusif dan hadiah menarik serta persembahan menghiburkan daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa.

Berlangsung pada jam 12.30 tengah hari pada 31 Disember 2020 sehingga 12.30 pagi keesokan harinya, pesta serba baharu ini merupakan acara beli-belah Facebook Live yang paling lama di Malaysia.

Tradisi sambutan detik 12 malam norma baharu, IPC anjur pesta beli-belah secara langsung paling lama di Malaysia'IPC Live Shopping Fiesta' menawarkan cara unik untuk peserta membeli-belah dan melibatkan diri, sambil mereka mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu.

"Kami gembira kerana kami masih dapat mengekalkan tradisi mengadakan sambutan Malam Tahun Baharu untuk masyarakat – kecuali kali ini acara diadakan secara maya untuk mencapai kumpulan penonton yang lebih luas," kata Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre.

Acara ini memberi peluang kepada IPC, para penyewa dan rakan-rakan niaganya untuk memainkan peranan penting untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan dalam musim perayaan dengan cara yang mudah, menjimatkan dan selamat.

"Seperti banyak pihak lain dalam industri peruncitan, tahun 2020 hakikatnya satu tahun yang amat mencabar bagi kami, tetapi saya berbangga untuk menyatakan bahawa pada masa-masa inilah kami melihat kakitangan dan para penyewa kami memberikan yang terbaik," kata Arnoud Bakker, Ketua Penyewaan Ikano Centres, sebahagian daripada IKEA Southeast Asia.

Acara penstriman langsung 12 jam itu bakal menampilkan gedung-gedung penyewa yang mempromosi produk dan tawaran istimewa masing-masing.

Tradisi sambutan detik 12 malam norma baharu, IPC anjur pesta beli-belah secara langsung paling lama di Malaysia

Pembeli boleh membuat pembelian pada bila-bila masa sehingga 3 Januari 2021 menerusi platform Facebook.

Di samping itu, IPC juga bekerjasama dengan Penyedia khidmat penghantaran iaitu Lalamove untuk memenuhi permintaan penghantaran pada hari sama bagi pembelian yang dibuat sebelum jam 9.00 malam di sekitar Lembah Klang.

Para pembeli boleh menikmati penghantaran percuma! Ia terhad kepada nilai RM20, apabila mereka antara 500 yang pertama untuk membuat pembelian pada 31 Disember 2020.

Tradisi sambutan detik 12 malam norma baharu, IPC anjur pesta beli-belah secara langsung paling lama di MalaysiaTambahan lagi, IPC uga bekerjasama dengan Spotify dan Universal Music Group dan rakan-rakan hiburan rasmi untuk membawakan persembahan eksklusif oleh pemuzik antarabangsa, Jeremy Zucker.

Di samping itu, para penonton akan dihiburkan oleh penyanyi Malaysia, Talitha Tan dan berpeluang menyaksikan bakat-bakat tempatan seperti Tata Wanqian, Koe Yeet, Natalie Chai, Fiza Saad, Ming Yue Ho dan Adzrin Mansor menganjurkan sesi permainan dan pemberian hadiah pada akhir setiap jam dalam acara penstriman langsung tersebut.

Bagi korang yang tidak tahu ingin lakukan aktiviti apa sempena sambutan tahun baharu hari ini apa kata jom layan 'IPC Live Shopping Fiesta' dan ‘let’s shopping’!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca